KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) semakin sukar direalisasikan memandangkan parti Islam itu tidak
akan bekerjasama dengan parti yang menjalinkan hubungan dengan DAP dan
Amanah.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tekanan diberikan
Tun Dr Mahathir Mohamad agar partinya menetapkan keputusan segera juga
dilihat tidak relevan.
“Kita sudah ada dasar, tidak bekerjasama dengan parti yang ada
hubungan dengan DAP dan Amanah. Kita tidak ada hubungan dengan mereka
(PPBM).
“Jadi, tidak perlu tunggu kerana apabila sudah ada hubungan dengan
DAP dan Amanah, maka habislah,” katanya sewaktu ditemui pemberita di
Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, hari ini.
Ia juga sekali gus menjelaskan mengenai kenyataan Dr Mahathir yang
menyatakan keengganannya bertemu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Pada 1 Februari lalu, pertemuan pemimpin PAS-PPBM diadakan secara
tertutup. Datuk Seri Mukhriz Mahathir hadir mewakili PPBM manakala,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mewakili PAS.
Walaupun tiada keputusan bersama, satu rangka kerjasama menerusi jawatankuasa teknikal ditubuhkan sewaktu pertemuan itu.
Semalam, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM terus menekan PAS dan
memberi masa selama sebulan untuk ia menetapkan keputusan sama ada akan
sertai Pakatan Harapan atau tidak.
Dr Mahathir berkata, selepas pertemuan 1 Februari lalu, keputusan
segera harus diperoleh bagi menentukan strategi dalam menghadapi Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sementara itu, Hadi berkata akan menilai semula hubungan diantara
partinya dengan PKR pada muktamar tahun ini yang dijadualkan berlangsung
pada 28 April di Alor Setar, Kedah.
“Dengan PKR, kita akan buat keputusan semasa muktamar tahun ini. Keputusan itu akan diketahui semua pihak, tidak ada masalah.
“Masalah politik kita hanyalah DAP dan Amanah, kerana mereka
menyatakan tentangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) 355, menentang
syariah.
“Itu sempadan yang mereka tidak boleh langgar. Kita juga ada dasar
tidak akan bekerjasama atau hubungan dengan parti menentang Islam,”
katanya.
PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP ekoran tindakannya
membantah usul Hadi di Dewan Rakyat untuk meminda akta Mahkamah Syariah.
Tindakan PAS menyebabkan kerjasama di dalam Pakatan Rakyat musnah bahkan terbentuk parti serpihan PAS, iaitu Amanah.
Tak perlu tunggu kami lagi, kata Hadi kepada Dr Mahathir
Written By Wadah Baru on Ahad, 12 Februari 2017 | 4:27 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan