Home » , » Jemaah umrah terima gambar lucah daripada telefon Ku Nan

Jemaah umrah terima gambar lucah daripada telefon Ku Nan

Written By Wadah Baru on Isnin, 17 April 2017 | 4:27 PTG

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berang selepas mengetahui ada pihak menggodam telefon pintarnya dan menghantar gambar lucah kepada 72 jemaah umrah, termasuk beberapa imam.

The Star memetik Mingguan Malaysia sebagai melaporkan kumpulan jemaah itu yang menerima gambar lucah berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp, dilepaskan Tengku Adnan untuk menyertai sebuah misi agama di Acheh, Indonesia, Khamis lalu.

Setiausaha agung Umno itu yang juga dikenali sebagai Ku Nan dilaporkan berkata, beliau hanya tahu telefon pintarnya digodam apabila dimaklumkan seorang jemaah yang menerima gambar lucah itu.

“Kadangkala saya tinggalkan telefon saya tanpa pengawasan. Silap saya orang tidak bertanggungjawab mungkin ambil peluang ini untuk klon telefon saya.

“Ini bukan kali pertama saya kena begini. Ia pernah berlaku banyak kali, tetapi kali ini lebih teruk,” kata ahli Parlimen Putrajaya itu yang tidak akan memaafkan pihak terbabit dan menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat perkara itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger