Tindakan PKR mengarahkan lantikan politik parti itu di Kelantan
melepaskan jawatan diibaratkan sebagai sindiran supaya Pas turut
mengambil langkah sama di Selangor.
Tetapi bagi anggota Majlis Profesor Negara, ia satu yang tidak masuk akal dan lemah.
Keputusan PKR itu dilihat pemerhati politik hanya untuk memalukan dan
menjatuhkan maruah Pas, selain desakan 'halus' untuk tiga Exco Pas di
Selangor melepaskan jawatan selepas kerjasama politik antara dua parti
berkenaan terbatal.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa,
Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Halim Sidek, keputusan PKR itu
juga boleh diibaratkan satu usaha untuk menggambarkan parti mereka lebih
berkuasa berbanding Pas.
Beliau berkata, keadaan politik di dua negeri berbeza kerana arahan
supaya lantikan politik melepaskan jawatan di Kelantan tidak akan
mengubah struktur politik negeri berkenaan.
"Jika tindakan PKR itu bertujuan menyindir Pas ia adalah sindiran
tidak masuk akal dan sangat lemah. "Kalau PKR menganggap mereka parti
lebih kuat dan lebih berani dalam mencatur politik, mereka seharusnya
mengadap Sultan Selangor memohon perkenan untuk memecat tiga Exco Pas di
negeri itu, " katanya dalam kenyataan semalam.
Abdul Halim berkata, PKR tidak boleh mendabik dada dengan kedudukan
kerusi Pakatan Harapan di Selangor yang menggabungkan parti itu dengan
DAP dan Parti Amanah Negara.
Katanya, ini kerana dua kerusi Parti Amanah Negara yang juga parti
serpihan Pas dimenangi atas tiket PAS yang berkemungkinan akan mudah
diambil oleh calon Pas dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan mengambil kira Parti Amanah Negara yang tidak mempunyai asas
politik kukuh di Selangor selain kembalinya kekuatan BN di negeri itu,
dijangkakan Pakatan Harapan Selangor berdepan saingan sengit pada
Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.
Arah lantikan politik letak jawatan satu sindiran kepada Pas
Written By Wadah Baru on Khamis, 18 Mei 2017 | 8:23 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan