Perutusan sempena Hari Pekerja.
Pakatan Harapan mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah
peningkatan kos sara hidup, mengurangkan pengangguran di kalangan anak
muda, mempertahan hak pekerja sambilan, dan membantu rakyat Malaysia
yang bekerja di luar negara .
Pimpinan Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama diwakili
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Bersatu Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengucapkan Selamat Hari Pekerja yang menjadi cuti umum
pada 1 Mei setiap tahun.
Pakatan Harapan cukup prihatin tentang kebajikan pekerja di
Malaysia.Kejayaan yang dinikmati negara hari ini adalah hasil daripada
keringat dan usaha para pekerja, dan tanpa mereka ekonomi tidak akan
berjaya. Amatlah penting hak dan kebajikan pekerja di Malaysia
dipertahan demi masa depan negara malah juga ekonomi.
Untuk Hari Pekerja 2017, Pakatan Harapan mengetengahkan empat fokus
isu pekerja di Malaysia untuk mencari penyelesaian lebih baik sekiranya
berjaya memegang tampuk kuasa nanti.
1. Kos sara hidup
Kos sara hidup merupakan satu
isu penting buat semua pekerja di Malaysia, terutama bagi mereka yang
mempunyai gaji yang mendatar atau tidak meningkat pada kadar melebihi
kadar inflasi terutama bagi dua tahun kebelakangan ini, yang berlaku
antara lain akibat pengenalan GST dan kejatuhan nilai matawang ringgit.
Kami akan:
* Menghapuskan GST yang merupakan satu cukai regresif yang menzalimi rakyat terutamanya golongan miskin;
*
Meningkatkan mutu pengangkutan awam secara menyeluruh untuk
mengurangkan kos pengangkutan bagi rakyat terbanyak, oleh kerana kos
pengangkutan - terutama bagi pemilik kenderaan - merupakan antara kos
(malah juga hutang) terbesar bagi sesebuah keluarga;
* Menghapuskan
kapitalisme kroni (crony capitalism) dan memastikan persaingan sihat
dalam penyediaan pelbagai barangan dan perkhidmatan, seperti beras,
jalan bertol, perkhidmatan telco dan internet.
2. Pengang
guran di kalangan anak muda
Pakatan
Harapan cukup bimbang dengan peningkatan kadar pengangguran, terutama
pengangguran anak muda pada skala jangkamasa panjang.
Pengangguran dianggarkan pada 3.5% pada 2016, iaitu peningkatan dari 3.1% (2015) dan 2.9% (2014).
Laporan Bank Negara Malaysia 2016 yang diterbitkan pada 23 Mac 2017
mengandungi seksyen khusus mengenai pengangguran anak muda, dengan
dapatan-dapatan berikut:
* Pengangguran anak muda di Malaysia dianggar mencecah 10.7% pada
2015, iaitu lebih tiga kali ganda pengangguran di peringkat nasional
iaitu 3.1%;
* Anak muda merupakan separuh dari jumlah pekerja yang
menganggur, walaupun mereka merupakan satu pertiga jumlah tenaga kerja
di negara kita;
* Kadar pengangguran pada 2015 di kalangan mereka
yang mendapat pengajian tinggi adalah 15.3% dan 9.8% bagi mereka yang
tiada pengajian tinggi;
* Dari segi pendapatan, 54% graduan menerima
gaji kurang dari RM2,000 sebulan. Gaji permulaan bagi graduan masih
kekal sama sejak 2007.
Anak muda adalah masa depan negara, dan pengangguran di kalangan anak
muda bakal mendatangkan kesan negatif jangkamasa panjang kepada
masyarakat dan negara, terutama jika kita gagal membendung masalah ini
pada kadar yang segera.
Oleh itu, Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Harapan serta
Pemuda Pakatan Harapan telah diarah untuk bertemu dengan pelbagai
kumpulan sasar serta pihak berkepentingan pada Mei ini untuk mewujudkan
satu pelan tindakan untuk mengurangkan pengangguran anak muda di bawah
Kerajaan Pakatan Harapan.
3. Hak pekerja sambilan, terutama pemandu teksi dan 'e-hailing'
Pakatan Harapan amat prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia terutama
mereka yang bekerja secara sambilan mahupun bersendirian. Satu laporan
Bank Dunia menganggar 35% kepala isirumah di Malaysia bekerja di sektor
tidak formal, seringkali sebagai pekerja sambilan atau bekerja
bersendirian.
Sebagai contoh, terdapat lebih 70,000 pemandu teksi berdaftar dan dianggarkan terdapat 200,000 pemandu perkhidmatan 'e-hailing'.
Oleh kerana Parlimen bakal membahaskan pindaan kepada Akta
Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan 1987 untuk membenarkan perkhimatan e-hailing, terdapat satu
keperluan untuk memastikan kebajikan kedua-dua pihak iaitu pemandu teksi
dan juga pemandu 'e-hailing' terjaga.
Rang undang-undang ini tidak mampu menjaga hak pemandu 'e-hailing'
kerana pihak Kerajaan hanya berurusan dengan syarikat seperti Uber dan
Grab manakala syarikat-syarikat tersebut yang akan mengawal sendiri para
pemandu mereka.
Kerajaan Pakatan Harapan akan menggubal sebuah rang undang-undang
khusus buat pemandu 'e-hailing' tanpa mengabai nasib dan kebajikan para
penandu teksi serta lain-lain pekerja sambilan.
4. Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negeri
Lebih dari sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara, terutama di
Singapura. Hampir 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik setiap hari di
antara Johor dan Singapura. Jumlah yang begitu besar ini merupakan satu
kegagalan ekonomi negara yang jelas tidak mampu menjana pekerjaan yang
diharapkan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia mencari peluang pekerjaan yang lebih baik di luar
negara kerana ekonomi Malaysia yang suram terutama dua dekad mutakhir
ini, iaitu sejak krisis ekonomi Asia.
Bagi jangkamasa pendek, Pakatan Harapan berjanji membantu untuk
memudahkan proses perjalanan pekerja Malaysia di antara Johor dan
Singapura. Pada jangkamasa panjang, Kerajaan Pakatan Hatapan akan
berusaha untuk menghidupkan semula ekonomi negara untuk memastikan lebih
ramai pekerja Malaysia akan memilih untuk bekerja di Malaysia
berbanding di luar negara.
Tatkala para pekerja di Malaysia menyambut Hari Pekerja tahun ini,
pasukan Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Harapan akan terus
mendengar suara, aspirasi dan harapan rakyat Malaysia dan juga
pihak-pihak berkepentingan untuk menjaga para pekerja dan memberi
harapan baru buat semua rakyat Malaysia.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2017.
Home »
Kenyataan Akhbar
» Harapan baru buat pekerja Malaysia
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan