Home » , » Jaga kelakuan di media sosial, Umno memantau

Jaga kelakuan di media sosial, Umno memantau

Written By Wadah Baru on Ahad, 14 Mei 2017 | 11:21 PG

BIRO IT Umno menubuhkan kumpulan pemantau siber di semua bahagian seluruh negara untuk memantau tingkahlaku di media sosial.

Ketuanya, Ahmad Maslan berkata setiap kumpulan terdiri daripada 40 ahli yang ditubuhkan di semua 191 bahagiannya.

“Kami mahu menyuburkan budaya media sosial yang beretika. Kami mahu menentang mereka yang memfitnah kami di media sosial,” katanya selepas pelancaran seminar Etika Media Sosial Umno di PWTC.

Ahmad Maslan juga menggesa ahli Umno untuk menyaman mereka yang memfitnah mereka di media sosial

“Kami menggesa semua ahli Umno untuk menyaman mereka yang memfitnah.

“Sepertimana Perdana Menteri Najib Razak yang menyaman Tony Pua dan Rafizi Ramli, yang membuat tuduhan palsu kepadanya.

“Jadi, mereka akan berhenti memfitnah dan media sosial kita akan jadi lebih beretika.”

Ahmad Maslan berkata sekarang terdapat 2.2 juta pengguna media sosial di Malaysia dan sekiranya mereka tidak mengawal fitnah, situasi akan menjadi lebih bahaya.

“Terutamanya dalam kalangan pembangkang. Mereka tidak beretika.

“Kami mahu mereka menjadi pengguna media sosial yang beretika. Akhirnya rakyat akan memilih apa yang beretika dan betul.

“Sekiranya Umno menjadi mangsa fitnah, biro ini boleh membantu mereka membuat laporan.”
Katanya lagi terdapat 42 juta pelanggan telefon bimbit di Malaysia dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengawal apa yang disebarkan.

“Kami mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk meningkatkan hukuman lebih tinggi berbanding denda RM50,000 dan penjara setahun sekarang bagi menghalang mereka yang memfitnah,” katanya.

Menurut biro IT Umno, secara puratanya pengguna melayari internet sekurang-kurangnya tiga jam sehari.

Terdapat 22 juta pengguna media sosial yang aktif di negara ini. You Tube mencatatkan jumlah pengguna tertinggi sebanyak 68%, sementara Facebook berada di kedudukan kedua sebanyak 67% dan pengguna WhatsApp sebanyak 60%.

Tambahnya lagi menurut statistik mereka, purata umur pengguna Facebook ialah antara 14 hingga 40 tahun.

“Purata pengguna media sosial di Malaysia mempunyai 233 kawan, jumlah tertinggi di dunia.
“Sekiranyanya anda berada di media sosial dan tidak pasti kesahihan kandungan, jangan kongsi.
“Selalu periksa sebelum sebarkan.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger