Mana-mana Exco atau Adun Pas di Selangor yang berjiwa rakyat disaran
menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan ketika Pas terpaksa
keluar dari kerajaan negeri selepas berpecah dari semua parti
pembangkang.
Ahli parlimen Pas Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah untuk
kekal dalam kerajaan negeri Selangor penting kerana itulah mandat yang
diberikan rakyat kepada mereka ketika diundi semasa Pas berada dalam
Pakatan Rakyat.
"Jadi mereka perlu kekal bersama rakyat untuk mereka tidak dilihat
mengkhianati mandat dan harapan rakyat," kata bekas naib presiden Pas
itu.
Menurut Mahfuz, jika Pas ada maruah parti itu perlu keluar dari
kerajaan negeri segera selepas putus hubungan dengan PKR dan lain-lain
parti yang memerintah kerajaan negeri Selangor sekarang.
Namun, jika mereka (Exco dan Adun) berjiwa Selangor dan mementingkan
rakyat mereka akan keluar dari Pas dan menyertai salah satu parti
Pakatan Harapan.
Terutama sekali selepas menteri besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri meminta Exco Pas berbuat demikian, katanya.
"Saya percaya 3 Exco dan beberapa Adun adalah berjiwa Selangor dan
berjiwa bersama parti dalam Pakatan Harapan untuk membangunkan Selangor
dan memastikan limpahan nikmat untuk rakyat Selangor," kata Mahfuz.
The Star melaporkan, Azmin meminta tiga Exco Selangor agar meletakkan jawatan selepas Pas memutuskan hubungannya dengan PKR.
Ia dinyatakan oleh Azmin kepada tiga Exco Selangor bersama pesuruhjaya Pas Selangor dalam pertemuan mereka semalam.
Adun Pas berjiwa rakyat disaran sertai parti dalam Pakatan Harapan
Written By Wadah Baru on Sabtu, 13 Mei 2017 | 11:34 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan