PKR mempersoal sikap aneh Pas yang masih ingin mengekalkan exconya
dalam Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar datuk Seri Azmin
Ali selepas menamatkan hubungan kerjasama dengan parti itu.
Ketua penerangannya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Pas sebaliknya
semakin mesra dan dikatakan akan menjalinkan 'tahaluf siyasi' dengan
Umno.
“Bukankah kerajaan negeri dipimpin menteri besar dan exco yang mana
tahaluf (siyasi) dan rundingan politik dengan parti mereka telah
terbatal menurut Pas?”
“Datuk Seri Najib Razak dengan bangga turut mengumumkan pembatalan
‘tahaluf siyasi’ antara Pas dan PKR dalam ucapannya (ketika sambutan
ulang tahun Umno ke-71, Khamis lalu). Saya juga terbaca ada yang
mendakwa kedua-dua Najib dan Hadi telah bertemu sejurus sebelum itu.
“Ini seolah-olah menggambarkan ‘tahaluf siyasi’ antara Umno dan Pas
telah termeterai. Jika dahulu hanya ‘ijab’, sekarang semacam sudah
‘kabul’," katanya dalam kenyataan hari ini.
Majlis Syura Ulamak Pas baru-baru ini sebulat suara mengambil
keputusan menamatkan kerjasama politik dengan PKR secara serta-merta dan
keputusan itu dibuat sebagai merujuk kepada tindakan PKR melanggar
beberapa syarat kerjasama politik antara Pas dan PKR yang terjalin sejak
sekian lama.
Ketua Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi berkata, mereka akan
kekal dalam kerajaan negeri untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan
memastikan DAP “tidak membuat kerja jahat” walaupun banyak pihak
mendesak parti itu melepaskan jawatan exco.
Hari ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang dipetik Oriental Daily
berkata, parti itu mungkin mencapai “kata sepakat” dengan Umno untuk
tidak melawan satu sama lain di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14).
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim menyifatkan masalah rakyat lebih
penting daripada isu politik seperti itu, tetapi beliau turut mengakui
kepentingan muafakat politik dalam menghadapi Umno dan BN.
“Pertimbangan terbaik wajar diambil atas kemaslahatan rakyat, bukan
atas kepentingan survival politik dan peribadi semata-mata seperti
agenda Umno dan PAS,” katanya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan
berkata, parti itu akan membincangkan kedudukan Pas dalam kerajaan
negeri pada mesyuarat Biro Politiknya malam ini.
Jawatankuasa Pas Pusat pula dijangka membuat keputusan Khamis ini
berhubung kedudukan tiga exconya di Selangor iaitu Datuk Iskandar Abdul
Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
'Pas putus dengan PKR, berbaik pula dengan Umno'
Written By Wadah Baru on Selasa, 16 Mei 2017 | 8:14 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan