Serangan siber global yang memanfaatkan alat penggodam, dipercayai
oleh penyelidik, telah dibangunkan oleh Agensi Keselamatan Negara
Amerika Syarikat, mensasarkan pengirim antarabangsa FedEx, mengganggu
sistem kesihatan Britain dan menjangkiti komputer di hampir 100 buah
negara semalam.
Ia menipu mangsa untuk membuka lampiran malware untuk 'spam' e-mel
yang kelihatan mengandungi invois, tawaran kerja, amaran keselamatan dan
fail lain yang sah.
Data ransomware pada komputer, menuntut bayaran sebanyak AS$300
hingga AS$600 untuk memulihkan akses. Penyelidik keselamatan berkata
mereka mendapati sesetengah mangsa membuat bayaran melalui wang digital
Bitcoin.
Penyelidik dengan pembuat perisian keselamatan Avast berkata mereka
telah memantau 57,000 jangkitan di 99 negara dengan Rusia, Ukraine dan
Taiwan menjadi sasaran utama.
Serangan paling mengganggu dilaporkan di Britain, di mana hospital
dan klinik terpaksa menolak pesakit selepas kehilangan akses kepada
komputer.
Pengirim antarabangsa FedEx Corp berkata, sesetengah komputer Windows miliknya turut terjejas. "Kami melaksanakan
langkah-langkah pemulihan secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, hanya sebilangan kecil organisasi yang beribu pejabat
di AS, yang terjejas kerana penggodam nampaknya telah memulakan kempen
dengan mensasarkan organisasi di Eropah, kata Vikram Thakur, pengurus
penyelidikan dengan pembuat perisian keselamatan Symantec.
Apabila mereka beralih sasaran ke Amerika Syarikat, pada masa itu, penapis spam telah mengenal pasti ancaman baru
tersebut dan dan 'flag' e-mel yang sarat ransomware bertujuan jahat, kata Thakur.
Syarikat telekomunikasi Telefonica adalah antara banyak sasaran di
Sepanyol, walaupun menurutnya, serangan itu terhad kepada sesetengah
komputer dalam rangkaian dalaman dan tidak menjejaskan pelanggan atau
perkhidmatan. Portugal Telecom dan Telefonica Argentina berkata mereka
turut menjadi sasaran.
Firma keselamatan swasta mengenal pasti ransomware sebagai varian
baru 'WannaCry' yang mempunyai keupayaan untuk tersebar secara automatik
ke seluruh rangkaian yang besar dengan mengeksploitasi pepijat dalam
sistem operasi Microsoft Windows.
"Sebaik sahaja ia dapat masuk dan mula bergerak keseluruh
infrastruktur, tidak ada cara untuk menghentikannya," kata Adam Meyers,
seorang penyelidik dengan firma keselamatan siber CrowdStrike.
Penggodam, yang belum tampil mendakwa bertanggungjawab atau telah
dikenal pasti, mungkin menjadikannya satu 'cecacing', atau malware yang
tersebar sendiri, dengan mengeksploitasi sekeping kod NSA dikenali
sebagai 'Eternal Blue' yang dikeluarkan bulan lalu oleh kumpulan
dikenali sebagai Shadow Brokers, kata penyelidik di beberapa firma
keselamatan siber swasta.
"Ini adalah salah satu serangan ransomware global terbesar yang
pernah disaksikan oleh komuniti siber," kata Rich Barger, pengarah
penyelidikan ancaman di Splunk, salah satu syarikat yang mengaitkan
WannaCry kepada NSA.
The Shadow Brokers mengeluarkan Eternal Blue sebagai sebahagian
daripada alat penggodam yang menurut mereka milik agensi perisikan AS.
Microsoft semalam berkata ia sedang melakukan kemaskini automatik
Windows bagi melindungi pelanggan daripada WannaCry. Ia mengeluarkan
tampalan pada 14 Mac untuk melindungi mereka daripada Eternal Blue.
"Hari ini jurutera kami menambah pengesanan dan pelindungan terhadap
perisian baru bertujuan jahat yang dikenali sebagai Ransom:
Win32.WannaCrypt," kata Microsoft dalam satu kenyataan. Ia berkata
syarikat itu bekerjasama dengan pelanggannya untuk memberikan bantuan
tambahan.
Penyebaran ransomware menyelubungi kegawatan siber di Eropah yang
bermula seminggu lebih awal apabila penggodam meletakkan dokumen kempen
yang dikait dengan calon presiden Perancis, Emmanuel Macron, hanya satu
hingga satu setengah hari sebelum pengundian di mana Macron telah
dipilih sebagai presiden baru Perancis.
Pada hari Rabu, penggodam mempertikaikan laman web beberapa syarikat media Perancis dan gergasi aeroangkasa Airbus.
Juga, godaman itu berlaku empat minggu sebelum pilihan raya parlimen
British di mana perkhidmatan keselamatan negara dan pihak pengurusan
Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) milik kerajaan merupakan tema
penting kempen.
Pihak berkuasa di Britain telah bersiap sedia menghadapi kemungkinan
serangan siber menjelang hari pengundian, seperti yang berlaku pada
pilihan raya Amerika Syarikat tahun lepas dan pada malam sebelum pilihan
raya presiden bulan ini di Perancis.
Tetapi serangan itu - yang dipersalahkan ke atas Rusia, yang telah
berulang kali menafikannya - diikuti dengan modus operandi yang sama
sekali berbeza yang melibatkan penembusan akaun individu dan organisasi
politik dan kemudian menyiarkan di talian, bahan yang digodam itu.
Semalam, kementerian dalaman dan kecemasan Rusia, serta bank terbesar
di negara itu, Sberbank, berkata mereka menjadi sasaran. Kementerian
Dalam Negeri berkata di laman webnya bahawa kira-kira 1,000 komputer
telah dijangkiti tetapi ia telah dapat membendung setempat virus
tersebut.
Kementerian kecemasan memberitahu agensi berita Russia bahawa ia
telah menangkis serangan siber itu, manakala Sberbank berkata sistem
keselamatan sibernya telah dapat menghalang virus daripada memasuki
sistemnya.
Di Sepanyol, beberapa syarikat besar mengambil langkah-langkah
pencegahan awal untuk menggagalkan serangan ransomware berikut amaran
dari Pusat Cryptologi Nasional negara itu terhadap "serangan ransomware
besar-besaran".
Iberdrola dan Gas Natural, bersama-sama dengan unit Vodafone di
Sepanyol, meminta kakitangan mematikan komputer atau memotong akses
Internet sekiranya mereka telah dikompromi, kata wakil dari syarikat
tersebut.
Di Sepanyol, serangan itu tidak mengganggu penyediaan perkhidmatan
atau rangkaian operasi mangsa, kata kerajaan itu dalam satu kenyataan.
Penggodam lancar serangan siber, jejas komputer di 100 negara
Written By Wadah Baru on Sabtu, 13 Mei 2017 | 11:19 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan