Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa gagal memahami
rentetan latar belakang sesuatu isu menjadi punca pihak yang menentang
terpaksa mengundang campurtangan asing dalam isu membabitkan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Pengarah Komunikasi Amanah Negeri Kedah Ridzwan Abu Bakar mengulas
surat terbuka Abdul Hadi pada Sabtu lalu, berkata, Saman Jabatan
Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) adalah terhadap pihak yang berurusan di
Amerika syarikat dan di atas kesalahan yang didakwa berlaku di Amerika.
Justeru ujarnya, Abdul Hadi perlu memahami rentetan itu terlebih
dahulu sebelum beliau mendakwa adanya campur tangan asing dan undangan
campur tangan asing ke negara ini.
"Demikian juga dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi bahawa ada pihak yang
hanya mahukan kemenangan walaupun dengan campur tangan asing juga adalah
kesimpulan yang silap, ini kerana beliau telah bersangka jahat terhadap
semua pihak lain, seakan-akan pihak yang berjuang untuk 'selamatkan
Malaysia' hanya pelahap terhadap kemenangan" ujarnya dalam satu
kenyataan.
Menurut Rizdwan lagi, penentangan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Najib akan tetap diteruskan di negara ini.
"Penentangan
terhadap Barisan Nasional, Najib dan sekutunya akan terus berlangsung
di Malaysia.Sekarang pun pelbagai usaha telah dilakukan, saman, report
SPRM, demostrasi, penyertaan dalam perbahasan di Parlimen telah
dilaksanakan oleh parti pembangkang dan akan terus dilakukan.
"Datuk Seri Abdul Hadi juga perlu sedar bahawa segala saluran untuk
membuktikan salahguna kuasa BN telah disempitkan oleh Najib dan BN,
hattalaporan berkaitan 1MDB pun diOSAkan, bukankah Datuk Seri Abdul Hadi
pernah nyatakan OSA adalah akta yang menafikan hak rakyat untuk
mengetahui perkara yang sebenar.
"Adapun pengunaan beberapa nas yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi
dalam surat tersebut ternyata hanyalah kosmetik untuk menampakkan
seruan tersebut adalah Islami. Apabila latarbelakang isu tidak difahami
dengan tepat dan kesimpulan itu ternyata tempang, maka pengunaan ayat
itu pun tidak tidak kena pada tempatnya," ujarnya.
Pada Sabtu lalu Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyeru
melalui surat terbukanya kepada pemimpin parti politik pembangkang agar
jangan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman negara
seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB.
Beliau meminta agar jangan bersorak gembira supaya diberi ruang
penyelesaian isu dalam negara oleh mahkamah di negara asing kerana pihak
lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga
kepentingan mereka walaupun mengorbankan negara ini.
Abdul Hadi tidak faham rentetan 1MDB,selar Amanah
Written By Wadah Baru on Selasa, 27 Jun 2017 | 1:00 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan