Home » , » Apa lagi yang perlu dilakukan bagi kembalikan ketelusan SPR, tanya Nurul Izzah

Apa lagi yang perlu dilakukan bagi kembalikan ketelusan SPR, tanya Nurul Izzah

Written By Wadah Baru on Sabtu, 24 Jun 2017 | 12:54 PTG

"Apa lagi cara yang kami di barisan Pakatan Harapan dan PKR perlu lakukan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mendengar rintihan kami," tanya  Nurul Izzah Anwar mempertikaikan sikap badan yang sepatutnya bebas itu dalam menjalankan tugasnya.
Menurut naib presiden PKR itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pakatan Harapan untuk membuatkan SPR mendengar rintihan kami agar badan yang sepatutnya bebas untuk mengembalikan proses demokrasi yang sebenar kepada rakyat Malaysia, namun SPR terus menghampakan.

Kelmarin (22 Jun 2017), ADUN Hutan Melintang, YB S. Kesavan melakukan mogok lapar di hadapan ibu pejabat SPR, Putrajaya bagi menunjukkan rasa kecewa dan sebagai tanda protes kepada pihak SPR kerana menidakkan hak beliau.

Kekecewaan beliau berasaskan kepada manipulasi SPR dalam daftar pengundi di kawasan DUN Hutan Melintang serta keengganan SPR untuk menerima 200 keping Borang Bantahan C (berkaitan isu pengundi tidak bermastautin yang dikemukakan).

Kata ahli parlimen Lembah Pantai itu, ini bukan kali pertama beliau mengadakan protes lapar, menunjukkan SPR langsung tidak ambil peduli atas semua kebimbangan dan desakan pelanggan mereka, seolah-olah bertindak selaku ejen BN/UMNO.

"Sebenarnya saya, selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya Bersama KEADILAN sudah berkali-kali meminta untuk bertemu dengan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Bin Abdullah, namun permohonan kami ditolak mentah-mentah," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, setelah penafian pertemuan dengan Pengerusi SPR, ia menyaksikan keengganan SPR memberi mereka salinan cakera padat yang memuatkan data daftar pemilih tambahan; 28 000 pendaftaran pengundi POS mengikut pintu belakang; pewartaan daftar pemilih yang dilakukan secara tergesa-gesa dan pemindahan pengundi tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah.
Semua kebingungan serta manipulasi ini yang berakhir dengan protes tanpa pilihan beserta mogok lapar oleh YB Kesavan, katanya.
Minggu hadapan, katanya, ketika rakyat Malaysia meraikan Aidilfitri, SPR dengan senyap-senyap menetapkan 30 Jun sebagai tarikh terakhir pendaftaran bagi suku kedua daftar pemilih 2017.
"Ini merupakan pendafatran pemilih paling awal dicatatkan dalam sejarah sejak PRU ke 13!," katanya.
SPR jangan sekali-kali memberi alasan hambar apabila borang pendaftaran pengundi sudah habis bagi mereka yang berusaha mendaftar!, tegasnya.
"Saya sekali lagi mendesak SPR menjelaskan dan memperbetulkan segala kecelaruan melibatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun Pertama seperti mana yang kami bangkitkan sebelum ini serta mengembalikan ketelusan dalam proses dalam pengurusan hal-hal berkaitan pilihanraya seperti menyediakan semula salinan digital RPDT kepada semua parti politik, sekaligus memulihkan kredibiliti SPR di mata rakyat," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger