Sebagaimana lagu popular negeri Kedah, 'Hang pi mana', Datuk Seri
Najib Razak dipersoalkan tentang tindakannya menubuhkan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kehilangan wang negara dalam isu
tukawang wang asing yang berlaku 30 tahun lalu.
"Hang buat apa Najib. Hang pi mana... hang pi mana," kata Mahfuz
dalam kenyataannya mengulas tindakan kerajaan menubuhkan RCI itu bagi
menyiasat kersugian utusniaga mata wanga sing (forex) bank Negara
Malaysia (BNM) era Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri tahun 1990an
lalu.
"Lupakah wahai Najib pada waktu itu hang penjilat nombor satu Tun
M.Kenapa Najib diam diri selama hampir 30 tahun berlalu tanpa apa-apa
siasatan.
"Kenapa Najib tak desak tubuh RCI ketika Tun M berkuasa.Kenapa RCI selepas Tun M bersara dah 14 tahun.
"Ini yang melucukan dan menampakkan kegelisahan PM Najib Razak
menghadapi pelbagai desakan daripada dalam dan luar negeri," katana.
Bagi beliau, ketegasan Tun Mahathir yang banyak mengkritik kerajaan
klaptokrasi PM Najib Razak dan UmnoBN membuatkan PM Najib Razak rasa
'ketar lutut' dan 'panas miang badan'.
Katanya, rakyat faham dengan tindakan Tun M kerana Tun M ingin
nyahkan klaptokrat PM Najib Razak dan kuburkan klaptokrat Umno/BN dari
terus menerajui negara yang tercinta.
Kabinet telah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) bagi menyiasat kerugian urusniaga mata wang asing (forex) Bank
Negara Malaysia (BNM) pada era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri
sekitar tahun 90an.
Keputusan untuk menubuh RCI adalah hasil cadangan laporan Pasukan
Petugas Khas (PPK) yang kononnya wujud elemen menyembunyi fakta
kerugian.
"Sekiranya Tun M senyap macam Tun Abdullah Badawi saya yakin dan percaya tiadalah PM Najib Razak nak kalut tubuh RCI," katanya
RCI tukaran asing: Hang pi mana, tanya Mahfuz kepada Najib
Written By Wadah Baru on Sabtu, 24 Jun 2017 | 12:51 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan