Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata 
SPR akan menjadi benteng terakhir untuk perdana menteri terus berkuasa 
jika berterusan bersikap dingin terhadap tuntutan proses pilihan raya 
yang adil dan bersih.
 
"Pengerusi SPR yang sedari awal merupakan orang politik, sewajarnya 
tidak layak memegang jawatan tersebut. Reformasi SPR telah menjadi satu 
kewajipan pada ketika ini.
"Reformasi ini harus bermula dengan peletakan jawatan Datuk Seri Mohd
 Hashim Abdullah dan melantik seorang pengerusi yang bebas daripada 
kecenderungan politik pemerintah," ujarnya dalam satu kenyataan susulan 
pembebasan beliau daripada tahanan reman polis semalam.
Mengulas penahanan yang dikenakan ke atasnya ekoran protes termasuk 
merantai pagar di ibu pejabat SPR di Putrajaya baru-baru ini, beliau 
berkata, tindakan itu dilakukan selepas SPR gagal memberi maklum balas 
sewajarnya.
"Pada ketika pengadil satu-satu perlawanan telah gagal memberikan 
keadilan kepada pasukan-pasukan yang bertanding, maka protes adalah 
jalannya selepas ruang diplomasi menemui jalan buntu.
"Rantai pagar itu muncul setelah tiga kali pertemuan sebelum itu 
gagal menatijahkan hasil yang baik, bahkan Pengerusi SPR tidak muncul 
pun," ujarnya.
Sehubungan itu, Shazni menyeru seluruh rakyat di negara ini meneliti 
setiap keputusan dan tindak-tanduk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari 
semasa ke semasa.
Menurutnya, peranan tersebut penting dilaksanakan semua warganegara 
bukan hanya parti-parti politik Pakatan Harapan kerana melibatkan undi 
sebagai hak paling berharga yang rakyat miliki.
"Hanya dengan undi dan sistem pilihan raya yang adil sahaja, kerajaan kleptokrasi boleh ditumbangkan," tegasnya lagi.
Shazni dibebaskan kira-kira pukul 3.45 petang selepas empat hari dalam tahanan lokap termasuk pada hari tangkapan, 9 Jun lalu.
"Serasanya saya telah berikan kerjasama terbaik kepada seluruh 
anggota polis yang terlibat. Terima kasih kepada peguam, keluarga serta 
rakan-rakan yang bersolidariti.
"Tidak lupa juga buat anggota polis yang mengejutkan saya sahur dan 
memaklumkan masuknya waktu solat, moga kalian diberikan ganjaran pahala 
sebesar-besarnya," katanya.
Menganggap proses mahkamah yang panjang akan dilalui selepas ini, 
beliau memohon doa semua pihak supaya iltizamnya dan seluruh anak muda 
Malaysia yang cintakan perubahan tercapai.
"Biar berputih tulang gerakkan perubahan, asalkan tidak berputih mata
 menyaksikan negara lebur di tangan pemimpin khianat," tambah Shazni.
'Reformasi SPR bermula dengan peletakan jawatan Hashim'
Written By Wadah Baru on Selasa, 13 Jun 2017 | 9:15 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan