Rakyat Kelantan sudah cukup hujah untuk menjatuhkan Pas dalam pilihan
 raya akan datang dan Amanah hanyalah berusaha mengganti bagi meneruskan
 pentadbiran Islam yang diasaskan oleh almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik
 Mat dahulu.
Naib presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata demikian ketika 
mengulas dakwaan kononnya beliau mendapat dana dari seorang Cina untuk 
menjatuhkan Pas Kelantan.
"Seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Wan Zawawi W Ismail telah memfitnah saya dalam status yang dimuatkannya. 
"Ini
 satu fitnah dan saya sedang menyiasat akaun sebenar pemilik fb ini 
walaupun ramai memberitahu akaun ini milik ketua eksekutif PKINK, Datuk 
Wan Zawawi." katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Wisma Tok 
Guru, Salor, semalam.
Menurut Husam, pelbagai tindakan yang 
dilakukan kerajaan Pas sekarang sudah cukup untuk ditolak rakyat dalam 
pilihan raya akan datang.
"Pengendalian pembangunan dibuat dengan cara merugikan rakyat dan begitu menyebelahi pihak pemaju. 
"Di Lembah Sireh perjanjian untuk kemudahan rakyat dilupuskan begitu saja. 
"Di Kampung Laut, rakyat tidak dirundingi dahulu sebelum tanah mereka diambil. 
"Kini
 di Lembah Binjai pula kerajaan terang-terang menipu apabila memberitahu
 tuan-tuan tanah telah bersetuju tanah mereka diambil sedangkan 
sebenarnya mereka tidak pun diberitahu di peringkat awal," katanya.
Kerajaan juga katanya gagal merancang untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar.
"Pengurusan sampah begitu teruk dan keluhan orang ramai tidak 
dipeduli malah diancam kononnya mereka yang mempersoalkan hal sampah 
akan masuk neraka.
"Orang Asli dilayan dengan buruk semata-mata cuba mempertahankan 
hutan sekitar mereka dan air sungai yang bersih untuk meneruskan 
kehidupan.
"Pemerintahan yang jadikan rakyat musuh seperti ini tentu akan jatuh dan jangan salahkan parti seperti Amanah.
"Sebagai parti Islam Amanah memikul tanggungjawab untuk memastikan 
pentadbiran Islam berdsarkan al-Quran dan memihak kehendak rakyat terus 
kekal di negeri ini selepas pilihan raya nanti," katanya.
Rakyat akan jatuhkan Pas Kelantan, bukan Amanah - Husam
Written By Wadah Baru on Selasa, 13 Jun 2017 | 9:13 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan