Oleh Dr Tanaka Mustafa
 PAS ajak umat Islam lawan mubaligh Kristian. 
Tapi yang dijangka akan bangkit melawan PAS bukan hanya mubaligh 
Kristian, bahkan umat Kristian, umat Hindu, Buddha dan sebagainya akan 
bangkit melawan PAS.
 Mereka akan bangkit atas nama melawan PAS, 
bukan melawan Islam. Maka dengan itu, umat Islam berfikrah Liberalis, 
Sekularis, Nasionalis, Maqasidis, dan seangkatannya akan bersekutu 
dengan mereka melawan PAS.
 Oleh 
itu jika PAS mahu menang dalam pilihanraya, jangan dilawan mubaligh 
Kristian atau so called Evangelist. Biarkanlah mereka menjalankan 
kerja-kerja dakwah mereka. Mereka juga nak berkhidmat untuk tuhan 
mereka.
 PAS nak menang ke tak nak? Kalau taknak menang, tak 
perlu susah payan masuk pilihanraya. AMANAH pun dah sedia menggalas 
perjuangan umat Islam melalui politik pilihanraya. Bukankah Islam dah 
dijanjikan kemenangan, nak takut apa? Biar dapat Putrajaya.
 Musuh
 utama negara bukan Evangelist. Tapi Najib Razak, Umno dan segala 
baruanya. Itulah punca sebenar keresahan rakyat Malaysia. Rasuah, 
salahguna kuasa, penindasan ekonomi rakyat, dan sebagainya semakin hari 
semakin teruk.
 Itu pun PAS masih nak main isu Evangelist. Dr 
Kamarul tu ejen Umno, sengaja timbulkan isu agama sebab sudah dekat 
pilihanraya. Dulu pun dah banyak kali berlaku. Setiap kali nak 
pilihanraya, ada isu kalimah Allah. Ada isu Cina nak memerintah. Last 
sekali BN menang bergaya.
 PAS dapat apa? PAS dah lama berjuang. 
Pemimpin pun dah silih berganti. Ada yang dan pergi abadi, ada yang 
pergi membawa diri. Konon yang keluar beramai-ramai itu pembersihan. 
Sekarang sudah bersih, maka PAS semakin kuat sifirnya. Sampai sudah 
berani mencabar Kristian Evangelist.
Hakikatnya PAS cari nahas. Tak 
payah mimpi Putrajaya lah.
 Sekian
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan