Oleh MAZLAN ALIMAN
Persatuan
Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat dukacita dengan pengumuman
YAB Perdana Menteri di Felda Sg Sayong Kulai hari ini; hanya 94,555
peneroka sahaja dari 112,635 orang yang mendapat insentif hariraya dan
dividen FGV berjumlah RM780 setiap seorang.
Ia merupakan
tahun ke 4 berturut turut, iaitu sejak 2014, peneroka Felda yang
menguruskan kebunnya secara persendirian dan mengambil tindakan saman
terhadap Felda dinafikan hak mereka.
Langkah berterusan Kerajaan dan
Felda ini semata mata dendam dan bersifat menghukum mana mana
peneroka yang berdikari atas kebun mereka sendiri bagi mempastikan
pendapatan lebih baik dan mengelak bebanan hutang yang bertimbun akibat
pengurusan tidak cekap Felda.
Adalah menyedihkan, meskipun
sebahagian besar mereka masih menjual hasil di Kilang milik Felda,
peneroka yang menyahut seruan kerajaan dan Felda agar berdikari, didera
sedemikian rupa.
Seperti yang selalu ANAK pertegaskan, adalah
hak peneroka menggunakan saluran perundangan apabila timbul pertikaian
mengenai masalah yang dihadapi kedua belah pihak.
Peneroka tiada
pilihan lain disebabkan sikap berat sebelah Felda jika berlaku masalah
seperti isu kadar perahan gred dan pengurusan ladang. Seharusnya kita
menghormati pilihan peneroka kerana ia jaminan dalam Perlembagaan
Persekutuan. Proses Timbang Tara yang ada dalam perjanjian antara
Peneroka dengan Felda selalunya berakhir dengan ketidakadilan buat
peneroka.
ANAK dukacita bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dijadikan medan berterusan Kerajaan dan Felda mendera peneroka.
Perlantikan Tan Sri Shahrir Samad, sebagai Pengerusi Felda yang
diharap membawa berita gembira buat seluruh peneroka felda tidak kira
bersama Felda atau tidak; nampaknya tidak kesampaian!
Untuk ke
sekian kalinya, dengan kemelut FGV, hutang peneroka yang bertimbun,
pendapatan peneroka yang tidak stabil, kos sara hidup dan perlaksanaan
GST; Aidil Fitri yang bakal disambut dua minggu lagi, kekal muram buat peneroka dan warga Felda.
Namun usah keciwa. Ramadhan akan menjadi titik tolak kepada perubahan
yang akan dilakukan pengundi Felda. seperti lirik lagu Ahmad Jais....'
MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS'.
MAZLAN ALIMAN
Presiden Anak
Langkah Kerajaan dan Felda ini semata mata dendam
Written By Wadah Baru on Ahad, 11 Jun 2017 | 3:22 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan