Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat
menghadiri jamuan Aidilfitri di kediaman Bendahari Pas Selangor, Zaidy
Abdul Talib di Bandar Tasik Puteri semalam.
Berpakaian batik warna ungu dan kelabu, Menteri Besar Selangor itu
dalam satu gambar yang tersebar di media sosial turut duduk bersebelahan
pemimpin Pas, Dr Abdul Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Meru.
Walaupun bulan Syawal sudah lima hari berakhir, jamuan Hari Raya
anjuran Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan
Industri Asas Tani itu turut dihadiri individu bukan Islam.
Kehadiran Azmin itu sekaligus dilihat menggambarkan sikapnya terhadap
Pas di negeri itu walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang
tersebut telah memutuskan hubungan dengan PKR pada tahun ini.
Hal tersebut berlaku ekoran tindakan Majlis Syura Ulamak Pas pada 11
Mei lalu membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan
PKR.
Pas mendakwa keputusan tersebut dilakukan selepas PKR banyak
melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi iaitu tidak menyokong malah
menentang sebahagian agenda Islam yang dibawakan oleh Pas seperti isu
Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan)
2016 atau RUU 355.
Selain itu, Pas menyifatkan PKR juga melanggar adab-adab kerjasama
dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan palsu
yang merosakkan imej parti tersebut.
Malah, PKR dianggap khianat dalam hubungan politik dengan Pas apabila
bekerjasama dengan pihak yang didakwa ingin menjatuhkan Pas.
Pada masa sama, Pas telah bertegas untuk meletakkan calon bertanding
PRU-14 di 45 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 15
daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor.
Ketetapan Pas itu sekaligus menyaksikan strategi Pakatan Harapan untuk satu lawan satu menentang rejim Umno-BN terganggu.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pada 24 April
lalu dilapor berkata, keputusan tersebut berdasarkan perkembangan
semasa, jika mereka tidak lagi terikat dengan rundingan pembahagian
kerusi.
Selanjutnya, paling dilihat mengejutkan pemimpin tertinggi PKR
apabila Pas pada 16 Julai lalu melancarkan jentera pilihan rayanya di
Parlimen Permatang Pauh yang dianggap kubu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dilancarkan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berserta iringan konvoi
100 motosikal ke tempat pelancaran, beliau menafikan dakwaan Naib
Presiden PKR, Tian Chua sebelum itu yang menganggap tindakan Pas
tersebut sebagai provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha
menewaskan rejim Umno-BN.
Azmin hadir jamuan raya Pas walau PKR bakal dirempuh?
Written By Wadah Baru on Ahad, 30 Julai 2017 | 10:55 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan