Gerakan Aktivis Harapan (GAH) mendesak kepimpinan Pakatan Harapan
bermula peringkat tertinggi supaya memutuskan sebarang bentuk hubungan
dengan mana-mana parti di luar gabungan keempat-empat parti itu.
Jurucakap GAH, Zanirun Baba berkata, hubungan rasmi atau tidak rasmi
tanpa mendapat persetujuan Majlis Presiden itu tidak harus wujud
memandangkan Pas telah memutuskan hubungan dengan DAP pada 2015 diikuti
PKR pada tahun ini.
"Pakatan Rakyat (PR) telah pun terkubur. Tidak ada lagi kondisi bersetuju untuk tidak bersetuju di dalam Pakatan Harapan.
"Maka semua pimpinan termasuklah Menter Besar atau Ketua Menteri
harus patuh kepada keputusan konsensus Pakatan Harapan," tegasnya pada
sidang media di Restoran Amjal berdekatan Universiti Malaya (UM) malam
tadi.
Menurutnya, etika Menteri Besar mahupun Ketua Menteri harus tidak mendahului keputusan parti dan Majlis Pakatan Harapan.
"Sebarang persembahan bagi urusan pentadbiran dalam hal-hal mempunyai
kepentingan terhadap Harapan kepada DYMM Sultan Negeri-negeri atau Tuan
Yang Terutama Negeri haruslah diiringi oleh Presiden dan
Timbalan-timbalan Presiden Majlis Presiden Pakatan Harapan.
"Etika Menteri Besar mahupun Ketua Menteri yang membelakangi
keputusan Majlis Presiden Harapan harus dikenakan tindakan di dalam
parti masing-masing dengan segera," katanya.
Sehubungan itu, GAH menggesa penubuhan serta-merta Sekretariat
Harapan dengan mengadakan mesyuarat bulanannya secara kerap bagi
menyelaraskan tindakan dan gerak kerja parti komponen Harapan di semua
peringkat perhubungan negeri.
"Segala gerak kerja parti-parti komponen dan program hendaklah
dilakukan secara sama serta membawa semangat Pakatan Harapan kepada
rakyat.
"Semua parti komponen harus diberikan dan membekalkan kepentingan
yang strategik di dalam negeri dan kawasan yang dikuasai oleh pakatan
Harapan," jelasnya.
Pada masa sama, GAH, tegasnya mengingatkan Naib-naib Presiden dalam
Amanah, PKR, DAP dan PPBM tidak boleh di dalam parti masing-masing
menentukan calon selepas dimuktamadkan kerusi yang mahu ditandingi pada
pilihan raya umum akan datang.
"Oleh yang demikian, watikah calon bagi mewakili parti hanya boleh
ditandatangani oleh Presiden Pakatan Harapan dan Timbalan Presiden (jika
Pakatan Harapan wujud sebagai parti di dalam ROS, SPR); atau melalui
konsensus Presiden dan Timbalan-timbalan Presiden Pakatan Harapan (jika
Pakatan Harapan masih belum diluluskan)," ujarnya.
Menyokong penuh pelantikan kepimpinan Majlis Presiden Pakatan
Harapan, Zanirun mewakili akar umbi penyokong dan aktivis memberi amaran
tentang bahayanya kewujudan kelompok 'kartel' yang dianggap parasit
dalam salah satu komponen Pakatan Harapan.
"GAH sekarang ini mengambil tindakan diplomasi terlebih dahulu kepada
pemimpinan HARAPAN terhadap beberapa kerisauan masyarakat," kata
Zanirun.
Justeru, tambahnya lagi, GAH akan menggerakkan siri jelajah ke
seluruh negara serta mengambil pendekatan bertemu dan mengadakan forum
atau dialog dengan beberapa pimpinan HARAPAN.
Home »
artikel
,
Berita
» Aktivis desak pimpinan tiada hubungan dengan parti di luar Pakatan Harapan
Aktivis desak pimpinan tiada hubungan dengan parti di luar Pakatan Harapan
Written By Wadah Baru on Ahad, 30 Julai 2017 | 10:57 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan