Home » , » Pilihanraya Umum Ke 14 Yang Pelik

Pilihanraya Umum Ke 14 Yang Pelik

Written By Wadah Baru on Rabu, 6 September 2017 | 12:59 PTG

Oleh Mohd Sayuti Omar 

Menjelang Piraum 14 berlaku keganjilan dan kepelikan dalam dunai politik parti pembangkang. Mereka seakn berpakat saling serang menyerang di antara satu sama lain. Perang psikologis sesamanya masih belum reda, keadaan semacam mereka memberi ruang yang tenang untuk UBN?

Tengok sahaja macam mana, mulanya Pas bergaduh dengan DAP yang membawa kepada kehancuran Pakatan Rakyat. Kemudian Pas berpecah dan mewujudkan pula AMANAH, keduanya bergaduh sesama sendiri. Perang saudara pun berlaku masih belum tamat.

Belum habis dan tidak lengsai Pas berperang saudara dengan Amanah, meletus pula perang saudara dalam Keadilan (PKR). Tembak meneembak berlaku sampai pelurunya tersesat hingga ke Sungai Buloh.

Tidak berhenti disitu sahaja, perang dingin juga berlaku di antara Amanah dan PKR khususnya di Kelantan. Begitu juga peperangan berlaku juga antara PKR dengan PPBM kerana meragui akan ketulusan Dr Mahathir.

Pelik dan ganjil. Mereka bergasak sesama sendiri walaupun sudah dibentuk apa dinamakan Pakatan Harapan. UBN yang merupakan musuh utama mereka tidak diusik langsung. Apa lagi Pas seakan membina kubu mempertahankan Umno, atas sebab-sebab tersendiri.

Melihat keadaan ini semua apakah ia boleh membawa keyakinan yang Najib Razak dan kerajaanya kini sudah mereput dan membusuk boleh ditumbangkan? Atau pun segala prrang priskologi berlaku dalam pembangkang itu, bakal menjadi pupuk subur untuk membolehkan kerajana kleptokrasi UBN bangkit dengan penuh kekuatan kemudian menguasai Piraum ke 14 kelak? Mereka mempunyai peluang lagi sekali untuk bertepok tangan atas ketewasan pembangkang. Trims.




0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger