Home » , » ‘Ada banyak skandal lain, tetapi pembangkang hanya fokus 1MDB’

‘Ada banyak skandal lain, tetapi pembangkang hanya fokus 1MDB’

Written By Wadah Baru on Ahad, 5 November 2017 | 9:34 PG

KUALA LUMPUR: Seorang pakar ekonomi terkemuka hari ini mengkritik Pakatan Harapan terlalu memfokuskan kontroversi 1MDB berbanding skandal lain yang membelenggu negara.

Prof Jomo Kwame Sundaram berkata, ia termasuk kontroversi berkaitan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), yang beliau percaya ialah skandal lebih besar yang menjejaskan rakyat.

Pada 2012, FGV meraih RM10.5 bilion melalui tawaran awam permulaan berdasarkan harga runcit RM4.55 sesaham.

Bagaimanapun, Jomo berkata, harga saham menjunam menyebabkan harga saham kini kurang daripada 40% berbanding harga tawaran asal.

“Pembangkang seolah-olah fikir tiada orang boleh memfokuskan masalah lain dan kita mesti mempunyai 1 skandal besar pada satu-satu masa.

“Ada banyak skandal, tetapi semua yang kita dengar adalah 1MDB,” katanya pada forum bertajuk “Envisioning the Future: Malaysia Beyond GE14”.

Turut hadir Pengarah Strategi Amanah, Dzulkefly Ahmad dan bekas timbalan pengarah Bank Negara Malaysia, Rosli Yaakob.

Jomo merujuk beberapa insentif diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan lalu untuk peneroka Felda, termasuk pelupusan hutang dan dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula.

Jomo yang menyifatkan ia “satu bentuk rasuah” berkata, insentif sedemikian menunjukkan betapa sensitifnya isu Felda dan FGV kepada Barisan Nasional.

Beliau berkata, hanya PAS yang menyentuh isu berkaitan Felda.

“Kita berdepan situasi di mana skim Felda menjadi sangat penting di 2 negeri utama, Pahang dan Johor. Oleh itu, adalah penting untuk menembusi orang-orang ini (di kawasan pilihan raya berasaskan Felda). ”

Sementara itu, Rosli yang juga ahli PAS bersetuju ada isu di penempatan Felda.

“Jadi, di situlah medan pertempurannya, di Felda dan kawasan luar bandar.”
Jun lalu, Pakatan Harapan menganjurkan jelajah seluruh negara selama 2 bulan untuk menjelaskan dakwaan terkini membabitkan sayap pelaburan strategik kerajaan itu menerusi saman sivil terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada 16 Jun lalu, kepada orang ramai.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger