Akhbar-akhbar di London minggu lalu memaparkan tajuk utama yang
mengejutkan mengenai penjualan stesen janakuasa Battersea Power Station
kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) dengan harga mencecah rekod iaitu RM8.7 bilion (1.6
bilion pound).
Ia menjadi tajuk utama selepas jelas konsortium Malaysia gagal
membiayai kos projek Battersea Park yang meningkat mendadak dan terpaksa
menarik diri serta perlu diselamatkan.
Battersea Power Station dimiliki oleh Sime Darby dan SP Setia yang
membeli projek pembangunan tersebut dalam 2012 dengan harga yang pada
waktu itu turut dianggap sangat mahal iaitu berjumlah 400 juta pound,
setelah beberapa dekad projek berkenaan dianggap sebagai projek gajah
putih yang akan runtuh di South Bank.
Pembelian ini dikatakan merupakan pembelian hartanah termahal pernah dibuat di London.
70 peratus saham SP Setia pada hakikatnya telah pun dimiliki oleh PNB
dan KWSP dalam pelaburan sekarang, justeru banyak soalan timbul
mengenai mengapakah kedua-dua dana simpanan tersebut membuat keputusan
membiayai semula pelaburannya?
London Evening Standard melaporkan cadangan penjualan Battersea Power
Station timbul setelah kos pembinaan Battersea Park meningkat dua kali
ganda daripada unjuran asal kira-kira 750 pound kepada sekitar 1.5
bilion.
Tetapi pemaju terbabit menafikan bahawa ia dibuat sebagai tindak balas kepada peningkatan kos.
Bangunan berkenaan (Battersea Power Station) terkenal sebagai ikon di
London. Bagaimanapun kebanyakan penduduk tempatan merasa kecewa dengan
persekitaran hodoh pembangunan tersebut.
Battersea Power Station pada asalnya menjanjikan pembinaan rumah
mampu milik sebagai sebahagian daripada usaha mengekang kos. Kebanyakan
hartanah penginapan telah pun dipasarkan keluar negara kepada pembeli
berpotensi dari Asia Tenggara, Malaysia, Singapura dan Hong Kong dengan
mengorbankan keperluan penduduk London yang sangat memerlukan rumah.
Battersea Power Station telah mewujudkan perancangan yang memeningkan
di London untuk beberapa dekad dan perancangan terakhir ini adalah
usaha ketujuh untuk menjadikan ia boleh membawa keuntungan dan kawasan
tersebut boleh diterima untuk digunakan, sekali gus dapat menyelamatkan
bangunan ikonik di London itu.
Tanpa usaha penyelamatan ini (bail out), adalah difahami keseluruhan projek membabitkan Battersea Power Station akan mengalami kegagalan dan akan dilelong.
Pemaju-pemaju yang berasa lega dengan urusniaga ini mengharapkan ia
dapat menjamin masa depan sekali gus projek berkaitan dapat disiapkan.
Ia juga dilaporkan dapat menyelamatkan Perdana Menteri Najib Razak dalam menghadapi pilihan raya yang semakin hampir.
Tapi sama ada bagi mereka yang mempunyai simpanan dalam PNB atau KWSP
mempunyai alasan untuk berasa puas hati mengenai kualiti dan akhirnya
keuntungan berhubung pelaburan ini, itu adalah soal lain, menurut
laporan tersebut.
PNB, KWSP beli Battersea Power Station dengan harga rekod RM8.7 bilion
Written By Wadah Baru on Selasa, 23 Januari 2018 | 10:24 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan