Home » , » Ahmad Razif dicabar sertai Perbahasan Khas Isu Royalti

Ahmad Razif dicabar sertai Perbahasan Khas Isu Royalti

Written By Wadah Baru on Selasa, 23 Januari 2018 | 10:22 PG

Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyertai program Perbahasan Khas Isu Royalti yang akan dianjurkan pihaknya dalam masa terdekat.

Ia bertujuan menjawab beberapa persoalan sekali gus untuk memberikan penjelasan kepada rakyat Terengganu mengenai isu berkenaan, kata beliau dalam kenyataan medianya semalam.
“Sebagai MB, Datuk Seri Ahmad Razif mesti menjawab dua soalan utama kepada rakyat Terengganu.

Pertama, kenapa penarikan hak Royalti Terengganu yang telah dihentikan atas permintaan ahli Umno Terengganu sendiri pada 1999, sehingga kini masih belum diminta dikembalikan oleh Umno Terengganu di bawah Datuk Seri Ahmad Razif?

“Ini isu melibatkan hak dan maruah rakyat negeri Terengganu.

“Kedua, mengapa Datuk Seri Ahmad Razif tidak menuntut telaga minyak BERTAM 307 yang telah disahkan oleh Perunding antarabangsa – Lundin, berada dalam kawasan perairan Terengganu ?

“Adakah Datuk Seri Ahmad Razif hanya akur dengan kenyataan serta kehendak PM Najib Razak dan tidak berhasrat menuntut hak rakyat Terengganu?

“Rakyat Terengganu menuntut Datuk Seri Razif dan Umno negeri menebus maruah dan menuntut hak rakyat negeri Terengganu,” kata beliau.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu turut merujuk kenyataan Razif yang dilaporkan Sinar Harian yang mengatakan bahawa kerajaan Pusat membayar RM210 juta setahun kepada negeri Terengganu sehingga 2020 sebagai bayaran balik Royalti minyak Terengganu.
n.
“Terlebih dahulu, royalti minyak Terengganu mengikut perjanjian asal, ialah sebanyak 5 peratus. Bayaran setiap tahun kepada Terengganu akan mengikut kiraan pengeluaran sebenar minyak tiap tahun dan juga harga minyak dunia semasa.

“Oleh itu kenyataan Razif bahawa negeri Terengganu menerima RM210 juta setahun tidak masuk akal dan tidak tepat.

“Tidak mungkin jumlah bayaran akan boleh ditetapkan RM210 juta setahun kerana wujudnya dua “variables” – faktor berubah-ubah, iaitu jumlah pengeluaran minyak sebenar setiap tahun dan harga minyak dunia semasa yang pasti berubah dari semasa ke semasa.

“Kalau pembayaran mengikut secara Royalti sudah pasti akan berubah pada tiap tahun.

“Dengan itu sudah pasti bayaran tetap RM210 juta setahun bukannya royalti tetapi adalah “pemberian” kerajaan mengikut formula perjanjian lain yang telah ditetapkan antara negeri dan pusat.
“Saya menuntut Dato Razif menyatakan keadaan sebenar isu ini,” kata beliau.

Raja Bahrin berkata, pihaknya berpendapat pemberian RM210 juta setahun kepada Terengganu adalah terlalu rendah dan jika mengikut perkiraan asal royalti 5 peratus ianya akan menjadi jauh lebih tinggi.

“Ini adalah kerugian besar kepada Terengganu.

“Razif mesti menjawab kenapa kerajaan Terengganu sanggup menerima bayaran yang lebih rendah daripada yang sepatutnya,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger