Oleh Ahmad Sabki Yusof
Hari ini, saya bercadang untuk menulis lanjut tentang krisis organisasi PAS dan memberi cadangan.
Kali ini mengenai kepimpinan.Tapi oleh kerana ramai yang memberikan
komen-komen dalam tulisan pagi semalam, saya kemukakan beberapa maklum
balas sebelum terus menulis dan memberi cadangan kepada PAS.
Pertamanya, saya tidak lagi memegang apa-apa jawatan di dalam PAS,
hanya ahli biasa. Jadi tak salah rasanya mencadang di dinding FB ini.
Sehingga semalam, FB ini pun sudah lama tidak dikemaskini, mungkin
lebih dari 7 tahun.
Seterusnya terima kasih kepada
yang memberikan komen – samada menyokong atau menolak, itu hak
tuan-tuan sebagai pembaca. Jazakallahu khair.
Pernyataan saya yang
menarik respon ramai dalam tulisan tersebut mungkin diambil dari para:
“Mereka yang percaya model politik UMNO/BN lebih baik untuk Islam dan
Melayu mula menunjuk sikap tidak mesra Pakatan Rakyat dan apa yang
berlaku selepas itu adalah sejarah yang kita semua tahu”.
Ada
yang mengadakan saya terpengaruh dengan cybetroopers, ada yang kata itu
fitnah dan tohmahan dan ada yang mengatakan itu falasi.
Bila
saya menulis perkara tersebut, bukan saya membuat tuduhan, jauh sekali
saya mencetuskan fitnah, tapi ini adalah pemerhatian saya sepanjang
berada di lingkaran kepimpinan pusat sejak 2003 hingga 2013 (dalam
Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa PAS Pusat).
Ada juga komen minta saya menyalahkan DAP. Saya belum sampai ke situ. Tunggulah dalam penulisan yang lain.
Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya perhatikan ramai di kalangan
ahli PAS yang cukup fobia dan melenting apabila bercakap soal kerjasama
politik bersama UMNO/BN – seolah-olah menimbangkan kerjasama politik
bersama UMNO/BN adalah satu dosa yang mutlak dalam apa jua keadaan. Pada
saya ini adalah pandangan politik yang cetek.
PAS bebas
menimbangkan apa jua strategi dan pendekatan dalam politik selagi mana
ianya boleh membantu PAS mencapai matlamatnya dan ianya tidak bercanggah
dengan shari’ah – termasuk dalam soal membina hubungan dengan UMNO.
Maka mempertimbangkannya tidak menjadi satu dosa. Apa yang penting ia
perlu melalui proses membuat keputusan mengikut sistem yang sedia ada di
dalam parti, untuk melihat dari sudut keuntungan politik dan juga
samada ianya bertentangan dengan shari’ah.
Proses ini berlaku
selepas PAS memenangi kerusi dan berpeluang menubuhkan beberapa kerajaan
negeri selepas PRU-12. Penilaian rasmi parti telah dibuat, dan
akhirnya PAS memutuskan untuk bersama PKR dan DAP dan menubuhkan
Pakatan Rakyat.
Tapi untuk mereka yang terlibat dalam operasi
dan kepimpinan politik, mereka tidak boleh mengelak dari terus membuat
penilaian demi penilaian. Malah pimpinan mesti membuat penilaian. Ya,
kerana ijtihad politik boleh berubah dari masa ke masa.
Dan
tentunya, walau berapa kalipun Presiden PAS pertegas bahawa PAS memilih
Pakatan Rakyat dan komited dengan Pakatan Rakyat, tetap ada yang
menilai dan mempunyai pandangan peribadi yang berbeza – terutama sekali
setelah melalui isu-isu sukar dalam pentadbiran negeri bersama PKR dan
DAP terutamanya di Selangor dan apabila berpolemik melibatkan prinsip
agama seperti hudud, kalimah Allah dan sebagainya.
Pada saya
tidak ada salahnya kalau mana-mana pimpinan berpandangan model politik
UMNO/BN lebih selamat untuk Islam dan Melayu, selagi mana ianya
pandangan peribadi dan mereka masih patuh pada keputusan parti. Apa
yang salah apabila tindakan dan sikap politik yang diambil bertentangan
dengan keputusan rasmi parti pada waktu tersebut.
Ya, ada
pemimpin PAS yang memegang pandangan model kolisi politik UMNO/BN lebih
baik untuk Islam dan Melayu berbanding model Pakatan Rakyat. Dan tidak
kurang juga kalangan pimpinan PAS yang berpandangan Pakatan Rakyat
tidak lagi sesuai untuk PAS tapi tidak pula menerima model kolisi
politik UMNO/BN. Kedua-dua kecenderungan ini mempengaruhi tindakan
politik yang tidak mesra Pakatan Rakyat.
Anda tanya, mana buktinya ada kumpulan pimpinan yang berpandangan begitu?
Oleh kerana saya berada bersama kepimpinan pusat, bukti-bukti itu
berlegar di keliling saya, dari 2008 hingga sekarang. Sebahagiannya saya
kutip dari pergaulan dengan rakan-rakan pimpinan (saya mengenali dekat
semua pimpinan PAS Pusat – melainkan seorang dua yang baru menduduki
JK PAS Pusat untuk kali pertama tahun ini), sebahagiannya saya kutip
melalui perbahasan dalam mesyuarat dan sebahagian lagi melalui
pengalaman sendiri dalam peristiwa-peristiwa signifikan sejak 2008.
Sudah banyak yang terdedah dan didedahkan. Anda sendiri mampu mencarinya.
Saya tidak berminat untuk bercakap tentang individu dan peristiwa, saya hanya ingin bercakap tentang idea.
Cukup jelas dan meyakinkan saya, tapi saya tak perlu memaksa tuan-tuan
mempercayainya. Tuan-tuan boleh terus dengan apa yang tuan-tuan
percaya, dan saya teruskan dengan apa yang saya tahu.
Cadangan saya tetap sama - PAS perlu segera nyatakan halatuju politiknya, yang logikal dan praktikal.
Jumpa lagi di hari Sabtu, minggu depan. InshaAllah.
Petikan dari FB Ahmad Sabki Yusof
Model politik UMNO/BN lebih baik untuk Islam ?
Written By Wadah Baru on Isnin, 27 Julai 2015 | 9:16 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan