Home » , » Apa lagi yang boleh dibuat anak muda kita?

Apa lagi yang boleh dibuat anak muda kita?

Written By Wadah Baru on Jumaat, 28 Ogos 2015 | 11:39 PTG

Oleh Raja Bahrin Shah. 

Kita yang telah lebih dari separuh umur ini menghadapi situasi yang tidak pernah kita lalui dan tidak menjangka akan bolih berlaku dalam Negara yang di sayangi ini. Bagi mereka yang baru mula berkerja mereka bergelut dengan kos sara hidup tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Anak muda hari ini pula menghadapi berbagai cabaran dan dugaan yg amat hebat sebelum mereka tamat pengajian dan sebelum dapat berkerja lagi. Krisis keyakinan dalam Negara kepada kerajaan amat parah dan nilai wang Malaysia di luar Negara jatuh begitu teruk sekali.

Anak muda Mahasiswa hari ini cerdik dan celik maklumat. Mereka tidak bolih dan tidak rela di perbodohkan olih mana mana pihak. Berbekalkan ilmu di dada, semangat yang berkobar serta tenaga muda yang dinamik mereka terpanggil untuk bertindak.

Mahasiswa yang menjemput Ahli Parlimen yang merupakan pakar ekonomi untuk memberi kuliah di sebuah Universiti UIA tempatan tentang situasi ekonomi semasa telah di gantung pengajian mereka.

 Mereka hanya dahagakan maklumat dan ilmu semasa bukan ketagih dadah. Anak muda yang hanya menyeru pemerintah di ganti kerana keadaan Negara yang sudah parah di tangkap di bawah akta yang hukumannya amat berat sekali. Bagaimana pun Ini tidak melunturkan semangat ikon anak muda Malaysia saperti Adam Adli dan Safuan Anang untuk terus mendesak walaupun mereka di penjarakan..

Terkini anak muda mahasiswa berkemah secara aman di luar Parimen menuntut pemerintah yang gagal mengurus Negara dengan baik di tukar, tetapi 17 dari mereka di muatkan kedalam lori olih Polis dan di kurung dalam Penjara Jinjang. Diantara yang di kurung di dalam adalah Khairul Najib, Lau Yi Leong dan Mustapha Kamal. Yang menunggu diluar pada malam 25 Ogos bersama saya di Penjara Jinjang adalah ketua gerakan mahasiswa Muqit Mohd dan Shukri serta ramai rakan rakan muda yang lain. Mendengar kuliah bebas tak bolih, bersuara tak bolih dan berkemah di luar Parlimen pun di tangkap. Apa yang bolih untuk anak muda kita.? Adakah Kerajaan kita hanya berminat menglahirkan generasi mahasiswa anak muda yang pekak, bisu dan buta ?

Saya meninggalkan acara menyambut setahun hari kelahiran anak saya , Bariq Umar, malam 25 Ogos itu untuk bersama mereka dalam saat dugaan hebat yang mereka hadapi. Tiada apa yang lebih penting dari memperjuangkan masa depan anak anak kita serta mahasiswa yang akan menerajui Negara kita satu hari nanti- In Sya Allah.

Sudah sampai masanya semua pihak memberi komitmen yang tinggi menangani masalah meruncing Negara. Tinggalkan lah pejabat berhawa dingin kita, bilik Kuliah kita, keselesaan rumah kita serta ruang Masjid dan Surau kita untuk seketika untuk turun kebawah bersama rakyat menyatakan kebimbangan dan penentangan apa yang berlaku di Negara kita hari ini. Islam menyuruh kita menegur kezaliman sekurang kurangnya dengan hati, atau mulut dan jika perlu dengan tangan.

Tampa masa depan baik untuk anak muda tidak akan ujud sebuah Negara yang berdaulat dan Merdeka. Hanya beberapa hari lagi sehingga 31 Ogos 2015 hari Merdeka kita. Merdeka kan lah minda kita dari di kongkong, di ugut dan di jajah dengan menuntut keadilan untuk semua dengan turun ke Jalan Raya pada hujung minggu ini. "Bersih" kan lah segala yang telah mencemarkan Negara kita demi Agama, Negara dan Bangsa Malaysia yang Bersatu, In Sya Allah- God Willing.

Raja Bahrin Shah.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger