Home » , » PAS Jadi Semakin Ganjil

PAS Jadi Semakin Ganjil

Written By Wadah Baru on Jumaat, 28 Ogos 2015 | 11:33 PTG

Secara zahirnya, kita nampak Pas mula jadi ganjil semasa meletakkan calon2 di 6/7 kawasan PRU 13 yg mngakibatkan prtndingan 3-penjuru.

Tak kira pandangan negatif atau positif, Langkah Kajang telah mbongkar wajah pimpinan Pas yg sebenar.
Dari menolak keputusan Ajk Pas Pusat, hingga keluar kenyataan yg menghina Presiden Parti rakan.

Senario 1 : ' Wan Azizah tak ada kebolehan memimpin '- disambut redha oleh Wan Azizah. Wan Azizah dan PKR tidak melenting balik, malah mempamirkan sikap Islami terpuji.

Senario 2 : ' Hadi mungkir janji dan ponteng mesyuarat ' - disambut oleh Pimpinan Pas dgn putuskan hubungan dgn Dap, sekaligus menguburkan PR.

Jika dikira dari segi timbangan berat, 2-2  senario sama-sama berat66.
Tapi PKR masih boleh lapang dada, agaknya krn mereka tau politik.

Apb Pas putus hubungan dgn Dap, secara sedar / tidak, Pas telah membuat satu keputusan trajis:
PR berkubur, Pas pecah 2, G18 keluar Pas, GHB terbentuk, PR 2 bakal wujud, dan Pas kemnkinan besar jadi parti solo.

Dari apa perkiraan pun, Pas paling rugi-imej tercalar, cina tak nak undi, Pas balik kampung. Dgn keluarnya GHB, ianya bukan ' pembersihan' ttp ' pendarahan '.

Tak pasti, putus dgn Dap ini merupakan satu keputusan reaksi emosi, atau agama atau politik.
Yg pasti ia tak bawa untung kpd politik negara yg dibawa PR. Kerana pindaan mahkamah syariah(bukan hudud), habis bagai2 bende yg baik yg terbina selama ini rosak.

Dari sejarah, kita tahu Pas tak menang bila ia jadi solo.
Wpun ada yg brkata Pas kuat bila sendirian, ttp sejarah tidak mbuktikannya.

Makin masa berlalu, Pas makin mnjadi ganjil. Dgn kenyataan2 yg seiras suara Umno, kenyataan2 pra-matang, marah2, keras dgn politik aku lebih suci, politik angkuh sehingga Pas sendiri keliru dgn kenyataannya sendiri.
Nak kawan/lawan dgn PKR, taknak Bersih 4, sekejap pujuk, sekejap halau GHB dsbnya. Ditambah lagi dgn gelaran2 gasar dan tak bersopan.

Sudah sekian lama, tidak kedengaran dari Pas ayat2 politik lunak, politik budiman, politik rahmat.
Tapi yg pasti, halatuju Pas mnjadi tak pasti.
Dan Pas jadi makin ganjil.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger