Oleh Zulhazmi Shariff
Skandal
 1MDB dan wang "derma" RM2.6 bilion masih hangat dibincangkan rakyat 
Malaysia. Ianya semakin hangat ekoran tindakan-tindakan Perdana Menteri 
merombak Jemaah Menteri dan melucutkan jawatan Tan Sri Gani Patail 
sebagai Peguam Negara.
 Antara yang terlibat dalam rombakan Jemaah Menteri ialah Pengerusi 
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan beberapa orang ahli PAC 
sendiri. Ini menyebabkan prosiding PAC yang sedang berjalan menyiasat 
skandal 1MDB tertangguh atas alasan-alasan yang direka cipta mereka 
dengan kerjasama Yang DiPertua Dewan Rakyat.
 Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata PAC 
tidak boleh bersidang selagi Pengerusi dan ahli-ahli baru tidak dilantik
 semula walau pun Naib Pengerusi dan majoriti ahli PAC masih ada. 
Pelbagai cara mereka gunakan untuk melengah-lengahkan siasatan ke atas 
1MDB yang melingkari Perdana Menteri.
     
     
     
    
 Terbaru, semalam, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam suatu sidang media 
berkata sebelum Pengerusi dan ahli-ahli baru PAC yang baru dilantik, 
Jawatankuasa Pemilih perlu terlebih dahulu dirombak.
 Datuk Abdul Rahman mungkin berfikiran, rakyat Malaysia semuanya bodoh 
seperti beliau atau mudah dikelirukan. Sebenarnya kenyataan beliau jelas
 membuktikan beliau tidak layak menjadi Ahli Parlimen, lebih-lebih lagi 
Menteri Kabinet yang mengurus tadbir negara.
 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat khususnya Peraturan 76 (1) menyatakan:
 Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa 
Pemilih, dilantik awal tiap-tiap Parlimen kerana menjalankan 
kewajipan-kewajipan yang diuntukkan baginya Peraturan-peraturan 
Mesyuarat ini, dan kerana menjalankan apa-apa perkara lain yang 
diserahkan kepadanya Majlis dari satu masa ke satu masa
 Peraturan 76 (2) pula memperuntukkan:
 Jawatankuasa Pemilih itu hendaklah mengandungi Tuan Yang di-Pertua 
sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih Majlis, 
Jawatankuasa ini hendaklah memaklumkan kepada Majlis dengan mengeluarkan
 satu penyata apabila seseorang ahli Majlis dilantik jadi ahli sesebuah 
Jawatankuasa. Jawatankuasa Pemilih tidak berkuasa memanggil orang hadir 
di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis 
membuat ketetapan memberi kuasa berkenaan dengan ini.
 Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Jawatankuasa Pemilih sekarang perlu 
dirombak terlebih dahulu kerana ada di kalangan ahli-ahli Jawatankuasa 
Pemilih sekarang ialah mereka yang ditolak Kerajaan seperti Tan Sri 
Muhyiddin Yaasin dan Datuk Sri G Palanivel. Katanya lagi sebelum ini Tan
 Sri Muhyiddin dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pemilih atas 
kapasitinya sebagai Ketua Whip BN dan Timbalan Perdana Menteri, begitu 
juga Datuk Sri Palanivel atas kapasiti Presiden MIC. Justeru apabila 
kedua-duanya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Sri Palanivel digugurkan dari 
Jemaah Menteri, mereka wajar dikeluarkan daripada Jawatankuasa Pemilih.
 Jika kita perhatikan Peraturan 76(2) di atas, ianya adalah jelas ahli 
Jawatankuasa Pemilih ialah ahli yang dilantik Majlis. Majlis dalam 
kontaks Peraturan Mesyuarat ialah Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Ini 
bermaksud semua ahli Jawatankuasa Pemilih dipilih dan dilantik dan di 
dalam Majlis Mesyuarat. Tiada sebarang peruntukkan mewajibkan ahli 
Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada komponen parti atau berjawatan di 
dalam parti. Jika ada sekali pun ianya sekadar konvensyen yang tidak 
mengikat dan tidak mengatasi Peraturan Mesyuarat.
 Justeru jika melihat peruntukkan Peraturan Mesyuarat, jelas 
Jawatankuasa Pemilih tidak perlu dirombak kerana tidak bersalahan dengan
 Peraturan Mesyuarat.
 Selain itu, Jawatankuasa Pemilih juga hanya berhak melantik ahli 
Jawatankuasa lain termasuk ahli PAC. Pengerusi PAC tidak dilantik 
Jawatankuasa Pemilih sebaliknya dilantik Majlis. Ini jelas disebutkan di
 dalam Peraturan 77 (2) seperti berikut :-
 Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi dan 
Naib-Pengerusi yang akan dilantik Majlis dan tidak kurang daripada enam 
dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli yang akan dilantik 
Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segeranya selepas dimulakan 
tiap-tiap Parlimen.
 Kesimpulannya, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak perlu lah terus-terusan 
menjadi badut dan bahan lawak Malaysia. Jika ingin mempertahankan 
Perdana Menteri sekali pun biarlah dengan cara yang betul dan bukannya 
bercakap semberono tanpa fakta yang jelas. Tidak semua rakyat Malaysia 
yang bodoh seperti Datuk dan jangan terus memperobodhkan rakyat Malaysia
 kerana rakyat Malaysia sudah celik dari kebodohan Umno/BN.
 Jangan cuba mencari helah melambat-lambatkan penyiasatan skandal 
terbesar negara sekarang dengan helah-helah bodoh yang penuh lucu.
 BERANI BERUBAH KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH BAIK
f
Home »
artikel
 , 
Pendapat
 » Datuk Abdul Rahman Dahlan semakin membadutkan diri dan cuba mengelirukan rakyat
Datuk Abdul Rahman Dahlan semakin membadutkan diri dan cuba mengelirukan rakyat
Written By Wadah Baru on Khamis, 13 Ogos 2015 | 11:13 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.



0 ulasan:
Catat Ulasan