Gerakan Harapan Baru (GHB) menyifatkan gesaan Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang
supaya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat PAS
sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak dapat bertanding semula dalam
tempoh lima tahun.
Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad turut berkata
perundangan dan perlembagaan juga tidak memaksa wakil rakyat
mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu.
"Di
segi konvension juga perletakan jawatan bukan satu amalan. Terkini
adalah kedudukan kes (bekas menteri besar Selangor) Tan Sri Khalid
Ibrahim dalam kedua-dua kerusi yang disandang.
"Mungkin ada
kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini. Buat masa
ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat ADUN atau MP
yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama
lima tahun," katanya.
GHB akan mengumumkan penubuhan parti Islam baru pada 31 Ogos ini. Dilaporkan parti itu bakal dikenali Parti Amanah Rakyat.
Dr
Dzulkefly mengulas gesaan Hadi supaya anggota parlimen dan ADUN PAS
yang bertindak menyertai parti lain perlu mengosongkan kerusi yang
dimenangi pada pilihan raya umum lalu.
MP Marang itu berkata
tindakan tersebut perlu kerana mereka telah berbaiah semana menerima
tawaran bertanding menjadi wakil rakyat, lapor Mingguan Malaysia hari ini.
Selain
itu, bekas anggota jawatankuasa PAS pusat itu itu berkata, sukar untuk
menggunakan faktor parti bagi menuntut seseorang calon PAS untuk
mengundurkan diri dari kerusi yang dimenanginya.
Ia berikutan
bukan hak mutlak sesebuah parti semata-mata jika parti itu mendapat
persepsi tertentu sehingga mencapai kemenangan dalam sesebuah pilihan
raya.
Justeru, Dr Dzulkefly yang juga MP Kuala Selangor meminta
supaya pihak Parlimen serius membuat pindaan dan membahaskan berhubung
isu ini secara serius dan bi-partisan.
"Mengikut beberapa kajian,
wujudd faktor-faktor kemenangan yang lain seperti ketokohan calon itu
sendiri, faktor sokongan rakyat jelata serta sesebuah isu dan gelombang.
"Tentunya
untuk memastikan yang mana faktor lebih penting bagi setiap kerusi yang
dipertandingkan kita harus bersabar. Sebabnya, perkara ini hanya akan
dapat dibuktikan dalam satu pertandingan dan persaingan dalam pilihan
raya akan datang," katanya lagi.
GHB: Tak adil gesa MP, ADUN PAS letak jawatan
Written By Wadah Baru on Ahad, 23 Ogos 2015 | 8:29 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan