OLEH DR SITI MARIAH MAHMUD
Kita sudah berjaya bersama-sama dengan seluruh rakyat berbilang kaum 
dalam penganjuran siri himpunan dan kebangkitan rakyat bagi menuntut 
Pilihan Raya yang Bersih dan Adil, khususnya menerusi BERSIH 1 (10 
November 2007), BERSIH 2 (9 Julai 2011) dan BERSIH 3 (28 April 2012).
 Lanjutan daripada perjuangan ini, Wanita Harapan Baru Malaysia (WHBM) 
komited dan konsistan menyokong penuh penganjuran Himpunan Aman Rakyat 
BERSIH 4 yang akan berlangsung dari 29 sehingga 30 Ogos 2015 akan 
datang.
 WHBM sekaligus menyokong empat tuntutan Bersih 5 iaitu:
 1. pilihan raya bersih
 2. kerajaan bersih
 3. hak untuk membantah
 4. parlimen berdemokrasi
 5. selamatkan ekonomi
 Solidariti semua warga tanpa mengira kaum, agama, gender dan peringkat 
usia untuk TURUN dan TURUT menyertai Himpunan Aman BERSIH 4 ini adalah 
sangat signifikan dan butuh dalam usaha kita menyelamatkan Malaysia. Ia 
semakin manis menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia kali yang ke 58 
yang kita akan sambut bersama pada 31 Ogos 2015 nanti.
 WHBM 
memahami bahawa rakyat sedang berhadapan kesempitan hidup kerana cukai 
baharu (GST), inflasi, nilai ringgit jatuh menjunam dan masalah ekonomi 
yang lain yang akhirnya membawa kepada masalah sosial yang semakin 
parah.
 Bagi mencapai tuntutan ini, selain polisi-polisi ekonomi 
yang lebih berkesan, rakyat Malaysia harus berani memerangi rasuah, 
penyalahgunaan kuasa dan urustadbir bobrok yang mewarnai negara akibat 
kerajaan serta pemimpin yang tidak amanah. 
 Ini termasuk Skandal
 1MDB yang melibatkan hutang sebanyak RM42 bilion, dan berkaitan dengan 
itu, RM 2.67 bilion didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri
 Datuk Seri Najib Razak.
 WHBM mengingatkan seluruh rakyat 
Malaysia bahawa perhimpunan Bersih 4 tidak mensasarkan desakan agar 
Najib berundur semata-mata sebaliknya menekankan perubahan dalam 
kepimpinan negara secara tuntas seterusnya menyelamatkan Malaysia 
daripada terus meluncur ke jurang kemusnahan integriti di mata rakyat 
dan dunia.
 Justeru WHBM sekali lagi menyeru seluruh rakyat yang 
cintakan Malaysia agar TURUN dan TURUT ke Himpunan Bersih 4 di Kuala 
Lumpur pada 29 sehingga 30 Ogos 2015 ini.
 Himpunan ini merupakan
 himpunan keluarga besar rakyat Malaysia yang mahu melihat Malaysia yang
 lebih baik untuk generasi akan datang.
 Ayuh turun ke perhimpunan Bersih 4 dan sama-sama kita Selamatkan Malaysia.
 Harapan Baru - Selamatkan Malaysia!
 DR SITI MARIAH MAHMUD
 Ketua Gerakan Wanita
 Harapan Baru Malaysia
BERSIH 4 : Kesungguhan Rakyat Selamatkan Malaysia
Written By Wadah Baru on Ahad, 23 Ogos 2015 | 11:19 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.



0 ulasan:
Catat Ulasan