Home » » Info-info tentang 1MDB yang kita perlu tahu:

Info-info tentang 1MDB yang kita perlu tahu:

Written By Wadah Baru on Rabu, 5 Ogos 2015 | 10:16 PG


1. RM4 billion daripada duit rakyat telah digunakan oleh syarikat 1MDB untuk kononnya melakukan pelaburan strategik di lombong arang batu di lombong dan syarikat di Monggolia dan kita tidak tahu di manakah lombong itu dan ke mana hasil pelaburan itu pergi.

2. 1MDB mendakwa bahawa RM5 billion telah digunakan untuk melabur di syarikat Petro Saudi. Walaubagaimanapun baru-baru ini terbongkar rahsia bahawa duit itu telah masuk ke bank akaun Jho Low yang merupakan kenalan baik Najib dan anak tirinya di luar negara.

3. Bagaimanakah Jho Low yang bukanlah merupakan lembaga pengarah syarikat 1MDB menentukan setiap aliran masuk dan keluar kewangan syarikat?

4. Tidak pernah ada syarikat lain di Malaysia seperti 1MDB yang berhutang begitu banyak kecuali Petronas.

Walaubagaimanapun Petronas mempunyai aset dan aliran perniagaannya yang tersendiri.

Walaubagaimanapun berbeza keadaannya dengan syarikat 1MDB ini yang tidak mempunyai perniagaan yang jelas.

5. Kerajaan telah menjamin RM10 billion pinjaman untuk syarikat 1MDB dan sekiranya syarikat 1MDB tidak dapat membayarnya, kerajaan akan membayar bagi pihak 1MDB.

6. Yang terbaru pada Mac 2015 ialah suntikan RM950 juta telah diberikan kepada syarikat 1MDB.

7. Hutang Malaysia sudah mencapai RM70 billion. Hutang yang bertambah disebabkan 1MDB, telah melunturkan keyakinan pasaran kewangan antarabangsa terhadap Malaysia.

Hal ini akan menambahkan lagi kadar interest terhadap Malaysia setiap tahun. Akhirnya rakyatlah yang akan menanggung akibat iaitu dengan penarikan subsidi minyak dan GST yang seterusnya meningkatkan kos sara hidup di Malaysia.

8. Kita tidak mahu negara kita menjadi bankrap seperti negara Greece yang telah menjadi hamba hutang yang akhirnya memberi kesan besar ke atas polisi negara yakni kesemua polisinya ditentukan oleh kuasa-kuasa luar yang memberi pinjaman kepada negara Greece. Rakyatlah yang akan menanggung hutang-hutang tersebut dengan cara membayar kadar cukai yang berlipat kalo ganda.

9. 1MDB telah membeli 2 aset penjana bebas daripada 2 kroni iaitu di Genting Higlands dan Ananda Krishnan. Aset-aset tersebut cuma berbaki 1 tahun lagi untuk kontrak dengan membeli aset-aset dengan harga 2x ganda yang hanya merupakan suatu yang merugikan syarikat.

10. Jika benarlah dakwaan bahawa akhbar-akhbar di New York, Hong Kong dll membuat fitnah mengenai 1MDB, mengapakah tidak disaman syarikat-syarikat akhbar tersebut?

11. Syarikat 1MDB telah menghantar 2 ribu jemaah untuk melaksanakan haji yang hanya memakan kos RM30 juta walaubagaimanapun jumlah ini sangat sedikit dibandingkan jumlah wang RM42 billion yang masuk ke poket segelintir sahaja individu!

12. Kita tidak berapa banyak lagi bailout daripada duit rakyat yang akan diberikan kepada 1MDB. Setakat ini pada Februari 2015, bailout RM1 billion telah diberikan untuk 1MDB.

13. Kita mahukan Forensic Accounting/Auditing dijalankan ke atas 1MDB supaya rakyat dapat tahu ke manakah aliran wang 1MDB ini dibelanjakan sehinggalah kepada orang terakhir yang menerimanya. Ketua Audit Negara hendaklah menjalankan tugasnya tanpa ada pengaruh politik ke atasnya.

14. Masalah 1MDB ialah ia bermula dengan modal RM1 juta sahaja. Tapi disebabkan tiada wang, 1MDB telah meminjam wang daripada kerajaan yang mana hutangnya dijamin oleh kerajaan. Setelah 5 tahun syarikat ini ditubuhkan, hutang syarikat telah mencecah RM42 billion dan tidak diketahui ke manakah setiap sen daripada wang itu dibelanjakan.

15. Syarikat seperti 1MDB hanya untung kertas tetapi tidak dapat membayar hutangnya. Semakin lama 1MDB kekal berdiri, semakin meningkat beban yang akan ditanggung oleh rakyat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger