Oleh Mat Kuantum
Sejak balik dari New Zealand hujung tahun lepas,
memang saya banyak complaint. Satu, sebab saya belajar di luar negara
terlalu lama, hampir 7 tahun. Dua, New Zealand juga dikenali sebagai
syurga dunia (paradise on Earth).
Di New Zealand, air bersih
boleh terus di minum dari paip air tanpa perlu dididihkan. Negaranya
sangat bersih termasuklah tandas dan jalan raya. Udaranya segar tanpa
banyak pencemaran.
Masharakatnya beradab walaupun mereka tidak
membaca karya al attas. Di tempat awam, mereka akan minta izin kita
untuk merokok. Kalau kita tidak suka, mereka tidak akan merokok.
Di
jalanan, orang awam yang menaiki kenderaan akan memberikan laluan di
simpang dengan senyuman. Pengangkutan awamnya sangat efisyen.
Kalau jadual tunjuk 1.10 pm, kadang-kadang pukul 1.08 pm bas sudah sampai.
Apabila
pulang ke Malaysia, saya seperti rasa diturunkan dari 'syurga' ke
'dunia'. Di Kuala Lumpur, air kotor. Jauh beza dengan air di New
Zealand. Udaranya pun kotor dari asap kenderaan dan kilang.
Tandas
tersangatlah kotor, jalan raya dihiasi dengan sampah.
Masharakatnya
ramai biadab (walaupun bukan semua). Di restoran sampailah dalam
tandas, ramai orang merokok tanpa memikirkan perasaan dan kesihatan
orang lain. Sampai dalam tandas pun kau orang merokok.
Di jalan
raya, ramai orang marah-marah dan penting diri. Bagi signal selama 10
minit untuk keluar simpang atau tukar laluan, pun belum tentu dapat
laluan, silap-silap kena maki hamun. Pengangkutan awam jangan ceritalah.
Bas selalu lambat 2 jam pun tak ada rasa bersalah. Sekarang saya
fikir politik bukan segala-galanya dan politik belum tentu dapat
mengubah masharakat kita yang sangat penting diri.
Tidak perlu
pergi jauh ke dalam falsafah kerana semua ini bergantung kepada
perangai/sikap. Biadab, pentingkan diri, malas dan pengotor itulah yang
wajib diubah. They look at the next election but we look at the next
generation.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan