Oleh Dato Dr. Ismail Salleh
Harapan Baru Kedah telah dan akan sentiasa menjalinkan silaturahim dengan sesiapa sahaja dalam usaha mengenengahkan visi dan misinya.
Harapan Baru Kedah menyedari usaha menjalinkan silaturahim dalam era dunia tanpa sempadan ini akan diketahui oleh masyarakat dengan cukup pantas melalui media sosial yang akan disebarkan oleh pelbagai pihak dengan berbagai versi mengikut cita rasa pemilik media sosial tersebut yang mungkin mendengar sendiri atau hanya menjadi pihak kedua atau ketiga dalam menyebar maklumat berkaitan.
Sehubungan dengan itu pihak Harapan Baru Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik media sosial yang menyebarkan berita positif berkaitan Harapan Baru Kedah dan menyeru pengguna media sosial menapis berita separuh masak atau yang telah dimanipulasi agar kita semua tidak terjebak dengan adu domba dalam masyarakat sebenar yang akan merugikan semua pihak.
Walaupun menyedari semua situasi di atas Harapan Baru Kedah akan meneruskan usaha menziarahi tuan-tuan guru, orang persaorangan, tokoh-tokoh masyarakat, bekas-bekas pemimpin politik/NGO dan sebagainya dalam usaha merealisasikan dan menyuburkan politik Islam yang lebih ramah tamah dan tidak pernah serta tidak akan memaksa mana-mana pihak yang diziarahi menerima perjuangan Islam dalam bentuk lebih inklusif yang dibawa oleh Harapan Baru.
Kami menyedari sokongan dan dokongan hebat yang diterima oleh Harapan Baru sekarang ini adalah terbit dari hati sanubari sendiri tanpa sebarang paksaan atau tekanan dari luar.
Amanah - Progresif - Peduli
Dato Dr. Ismail Salleh
Pengerusi Harapan Baru
Negeri Kedah

0 ulasan:
Catat Ulasan