Home » , » K'jaan P Pinang teguh di belakang Harapan Baru

K'jaan P Pinang teguh di belakang Harapan Baru

Written By Wadah Baru on Isnin, 10 Ogos 2015 | 11:48 PG

Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara berdiri teguh di belakang kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng malam tadi.

Lim berkata beliau sebagai ketua menteri, timbalan beliau Rashid Hasnon dan P Ramasamy, dan semua anggota exco kerajaan negeri menyokong gerakan itu.

Dibentuk oleh 18 pemimpin PAS progresif yang kalah dalam pemilihan parti mereka Jun lalu, GHB bersedia untuk menjadi sebuah parti politik bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baru yang akan ditubuhkan tidak lama lagi selepas GHB didaftarkan.

Ucapan Lim disambut tepukan gemuruh hadirin di majlis Aidilfitri bersama ketua menteri di Seberang Jaya malam tadi.

Menurutnya, ia adalah pendirian kerajaan Pulau Pinang dan tiada siapa yang menentang keputusan kerajaan negeri itu.

Tegasnya, jika ada yang menentang keputusan itu, mereka bukan dari kerajaan negeri.

"Tanpa sebarang keraguan, kerajaan Pulau Pinang menyokong penuh Gerakan Harapan Baru," katanya disambut tepukan gemuruh.

Turut hadir ialah ketua Parlimen DAP yang juga MP Gelang Patah, Lim Kit Siang, dan pemimpin utama GHB termasuk Mohamad Sabu, Datuk Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar) dan Khalid Samad (MP Shah Alam).

Di majlis itu, pemimpin DAP, PKR dan pemimpin GHB memotong kek besar sebagai menandakan "perpaduan" dalam gerakan baru itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger