Assalamualaikum wrt bth. Pada awal pagi, Ahad 9 Ogos 2015, dunia Islam dalam kesedihan menerima berita pemergian sebutir permata ilmu dan rujukan umat dari Syria.
Beliau adalah almarhum Syeikh Prof. Dr. Wahbah Moustafa al-Zuhaily (1932 - 2015) yang terkenal dengan keilmuannya dan khazanah kitab-kitab yang diwariskan kepada umat kini, dalam pelbagai bidang ilmu Islam khasnya perbandingan mazahib dan tafsir.
Sesungguhnya pemergian almarhum menyahut panggilan Tuhannya adalah satu
kehilangan yang besar bagi umat Islam seluruh dunia.
Almarhum adalah contoh ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang beraliran sederhana dalam pendirian sama ada penulisan atau ucapan.
Ilmunya yang diperakui dunia dihiasi dengan akhlak terpuji walaupun berhadapan dengan lawan, apatah lagi kawan.
Sesiapa pun yang pernah mengikuti kuliah, pembentangan, tulisan dan karya almarhum dikatakan tidak dapat tidak akan mengiktiraf uslub dan sikap kesederhanaan almarhum.
Almarhum adalah satu contoh ulama pewaris Nabi saw yang benar-benar dapat dimanfaatkan oleh dunia Islam, bahkan dunia seluruhnya, yang sedang berhajatkan penyelesaian kepada krisis kemanusiaan yang tidak berhujung ini.
Sebutir lagi mutiara dunia Islam telah hilang. Semoga kita generasi pelapis ini dapat mengutip hasil didikan almarhum dalam dunia keilmuan dan amalan.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas ruh almarhum, mengampunkan dosa-dosa almarhum dan menghimpunkan almarum bersama para anbiya', syuhadaa dan para soliheen. Ameen.
HAJI MOHAMAD B. SABU
Pengerusi Gerakan Harapan Baru
10 Ogos 2015/ 25 Syawal 1436H

0 ulasan:
Catat Ulasan