Home » » Mat Sabu: GHB hantar wakil temui anak Nik Aziz

Mat Sabu: GHB hantar wakil temui anak Nik Aziz

Written By Wadah Baru on Isnin, 17 Ogos 2015 | 12:30 PTG

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu akan menghantar wakilnya bagi bertemu anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan akan menyertai gerakan itu dalam masa terdekat.
  
Mohamad berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung hasrat Nik Omar, anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu.
  
"Kita (GHB) akan periksa dan rakan kita akan buat pengesahan dan bertemu beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran GHB Selangor di Shah Alam, malam tadi.
  
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kononnya Nik Omar akan menyertai GHB.
  
Bagaimanapun, laporan media hari ini menyebut Nik Omar menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial berhubung perkara itu, yang timbul ekoran tersebarnya gambar beliau bersama Pengerusi GHB Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu majlis.
  
Mohamad berkata GHB bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Majlis Syura Ulama PAS.

-Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger