Home » , » Gerakan Harapan Baru Rakam Ucapan Takziah

Gerakan Harapan Baru Rakam Ucapan Takziah

Written By Wadah Baru on Isnin, 17 Ogos 2015 | 1:30 PTG


Gerakan Harapan Baru (HB) merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya di atas kepulangan Tuan Haji Adam Ahid, mengadap penciptaNya awal pagi tadi.

Secara peribadi, saya mengenali beliau sebagai seorang yang berusaha gigih dalam menyampaikan risalah Islam rahmat untuk semua di bumi Sarawak.

Tentunya, pemergian beliau satu kehilangan besar buat kami.

Semoga Allah menerima segala amal perjuangannya dan menjadikan pahala yang berlipat kali ganda. Dan semoga Allah jua mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menerima segala amal perjuangannya dan menempatkan beliau bersama para solehin.

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع قبره وابدله دارا خيرا من داره واهلا خيرا من اهله واجعل قبره روضة من رياض الجنة...

Mohamad Bin Sabu
Pengerusi
Gerakan Harapan Baru
02 Zulkaedah 1436
17 Ogos 2015.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger