Oleh Mohd Sayuti Omar
Dari
 segi politik tindakan ahli Parlimen Kota Raja yang juga naib ketua PAS 
Kawasan itu Dr Mariah Mahmud mengumumkan keluar daripada PAS bersama 
beberapa ahli jawatankuasa PAS kawasan itu merupakan satu tindakan 
memberi bekas kepada PAS Selangor.
 Mariah dan pimpinan PAS Kota Raja umum lepas jawatan.
 Ia adalah permulaan tindakan ekoran rasa tidak puas hati kepada 
kepimpinan PAS yang baru dipilih pada muktamar beberapa bulan lalu. 
Walaupun tindakan Mariah dan beberapa yang lain tidak melumpuhkan PAS 
Selangor tetapi tindakan itu memberi moral yang buruk kepada PAS 
Selangor.
     
     
     
    
 Tindakan dan keputusan Mariah dan yang lain-lain merupakan satu 
"hentakkan" yang kuat kepada PAS Selangor yang cuba mempamerkan mereka 
sebagai golongan agamawan, ad-Din.
 Apa yang berlaku di Kota Raja hari ini adalah permulaan, dijangka lebih
 ramai lagi ahli PAS dan pemegang jawatan akan mengumumkan melepas 
jawatan. Tindakan Mariah itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi mereka 
yang lain untuk berbuat demikian.
 Saya percaya tindakan itu menjadi momentum untuk diikuti PAS di 
beberapa kawan lain, termasuk juga Gombak yang dilihat kuat mendokong 
kepimpinan agamawan.
 Apa lagi seperti mana jelasnya selepas beberapa orang wakil rakyat PAS 
akan mengambil tindakan sama, mengumum keluar PAS atau pun melepaskan 
jawatan yang dipegangnya. Tindakan seperti itu boleh menganggu stabiliti
 PAS dan menyebabkan rasa hormat kepada PAS dari kalangan orang ramai 
terhakis.
 Sudah tentu berita perletakan jawatan ramai-ramai di Kota Raja itu 
menganggu konsentrasi orang ramai kepada PAS yang diharap menjadi parti 
pengganti Umno sebelum ini. Beberapa lagi tindakan sama diambil tokoh 
PPAS dalam GHB, akan menghakiskan kepercayaan umum kepada PAS.
 Dari konteks lain, apa yang berlaku itu ia menggambarkan kegagalan 
pimpinan PAS Selangor membendung gegajala keluar parti beramai-ramai. 
Mungkin juga tindakan itu menjadi cepat apabila ada sesetengah pimpinan 
kecil PAS di Selangor lantang mengkritik golongan itu, GHB dengan 
tindakan mereka.
 Tiada ada usaha untuk merapatkan saf atau mengemaskan barisan dalam PAS
 sejak muktamar dahulu di Selangor, sebaliknya kesan muktamar itu 
menjadi jurang perbezaan lebih luas. Paling mendukacitakan tidak ada 
usaha langsung daripada pimpinan tertinggi PAS sebalinya mereka hanya 
jaminan-jaminan bersifat sinikal bersifat sombong yang penyedap rasa 
sahaja.
 Di Selangor sendiri tidak ada tokoh yang bersifat orang tua yang boleh 
mempersatukan PAS. Selepas ketiadaan Hassan Shukri, Selangor seakan-akan
 kekeringan pemimpin yang tulus dalam perjuangan. Walaupun satu masa PAS
 Selangor memiliki Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai pesuruhjaya tetapi 
kehadirannya sekejap sahaja.
 Walaupun Dr Rani tidak sehebat Hassan Shukeri tetapi penampilan dan 
semangat ukhwah yang dibentuknya sangat menarik dan ia mencerminkan PAS 
Selangor semasa bawah pimpinannya dapat mempersatukan semula keretakan 
yang dicaingkan Hassan Ali. Sayang Ibu Pejabat PAS tidak dapat melihat 
kelunakan dan semangat setia kawan yang ada kepada Dr Rani.
 Melihat kepada sambutan terhadap GHB dan penubuhan parti baharu yang 
semakin hangat di Selangor tidak mustahil kalau PAS Selangor berada 
dalam keadaan sengit sebelah. Walaupun ada jaminan daripada seorang 
pemimpin PAS, kononnya apa yang berlaku di Selangor itu umpama gelora 
ombak dilautan dimana ia boleh ditenangkan, tetapi kerja untuk 
menenangkan ombak itu sesuatu yang melelahkan.
 Politik bukan boleh diselesaikan atas kertas tetapi harus kena buat 
(praktis) dan turun ke bawah. Pemimpin yang seorang ini saya lihat lebih
 lunak bercakap atas kertas daripada turun menjajahi ke segenap ceruk 
dan lorong untuk membendung masalah dalam PAS.
 Apa yang terjadi itu ialah, wujud kerana kedegilan dan ego pimpinan 
PAS. Mereka silap dalam membuat perhitungan dengan merendah-rendahkan 
keupayaan golongan GHB. Dengan tindakan Mariah dan beberapa pemimpin 
lain itu membuktikan mereka GHB, bukan bergurau untuk menjadi alternatif
 kepada Pas, tetapi ia sesuatu yang serius.
 Mungkin golongan lama dalam PAS, mereka berusia 60 tahun ke atas serta 
anak-anak atau cucu cicit mereka yang obses kepada agama, tidak terliur 
kepada PAS, tetapi anak-anak muda yang bebas, berfikiran terbuka akan 
menyokong GHB. Indikator sejauh mana sambutan kepada GHB nanti ialah 
pada himpunan Bersih hujung bulan ini dan juga selepas terbentuknya 
parti dokongan mereka.
 Satu sifat yang perlu disedari, anak muda dalam bermain politik mereka 
tidak sangat memikirkan soal prinsip dan asas perjuangan sesebuah parti,
 jauh sekali menghayati ideologi dan akidah, tetapi apa yang ada kepada 
mereka ialah trend semasa.
 Mereka akan mengikut trend semasa. Kewujudan GHB atau parti baharu bagi
 mereka ada kesenimbungan harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan 
Barisan Nasional. Kerja menumbangkan kerajaan bagi mereka adalah sebagai
 trend semasa yang sedang berlaku di seluruh dunia.
 Bertolak dari hakikat itu GHB bakal mendapat sambutan dan berada di 
hati anak-anak muda. Kekuatan sambutan ini bukan sahaja setakat di 
Pantai Barat, bahkan mungkin boleh merebakkan negeri-negeri di Pantai 
Timur juga, walaupun masa ini ia dilihat sebagai sukar. Yang perlu 
difikirkan pimpinan PAS, politik itu sesuatu yang hidup dan 
berkembangkan.
 Langkah-langkah lebih ketat, tersusun dan berhemah adalah wajar 
dilakukan pimpinan baharu PAS kini untuk membendung atau pun 
menganjatkan perjalanan GHB.
 Akhirnya syabas kepada Mariah atas keputusan yang dibuat. Apa dilakukan
 sikap terpuji dan berani sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Ketua 
Wanita GHB.
 Nampaknya Dr Mariah bakal menjadi pimpinan wanita baharu menerusi parti
 baharu selepas beliau selama ini hanya berada di belakang Siti Zailah 
Mat Yusuf menjadi orang dibalik tabir jarang. msomelayu.blogspot.com
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.



0 ulasan:
Catat Ulasan