Home » » Pening dan keliru dengan tindakan PAS

Pening dan keliru dengan tindakan PAS

Written By Wadah Baru on Khamis, 6 Ogos 2015 | 11:38 PG

Oleh Mat Kuantum
 Kronologi penting 
 2014 - Dewan Ulama' PAS buat multaqa di negeri yang PAS kalah, Kedah dan mengusulkan resolusi menolak PKR kerana isu Langkah Kajang. DAP pada masa itu dianggap masih baik.

Jun 2015 - Dewan Ulama' PAS mengusulkan penolakan terhadap DAP kerana dianggap nakal. PKR pula dianggap baik semula walaupun sebelumnya dianggap jahat. PAS menjadi pemaaf kepada PKR untuk isu Langkah Kajang dan MB Selangor.

Selepas muktamar 2015 - DAP mendesak ahli PAS meletak jawatan rasmi dalam kerajaan negeri Penang kerana PR sudah 'mati' tetapi PAS bertegas PR masih wujud kerana PAS mahu menjalinkan kerjasama dengan PKR tetapi tidak dengan DAP.

Julai 2015 - Gerakan Harapan Baru (GHB) ditubuhkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggal oleh PAS. GHB akan menubuh parti baru dan membentuk Pakatan 2.0. PAS menegaskan akan menolak PKR jika mereka bekerjasama dengan GHB.

Ogos 2015 - Timbalan Presiden PAS mahu formula baru untuk pembangkang.

Kesimpulan - rakyat pening kepala dan keliru dengan tindak tanduk PAS. PAS sudah hilang arah dan punca. Kejap bekerjasama, kejap bercerai. PAS sudah tidak relevan di persada politik Malaysia. Tinggalkan PAS untuk kesejahteraan akal dan akhlak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger