Home » , » Syabas dan tahniah kepada mereka yang mahu bersama Gerakan Harapan Baru

Syabas dan tahniah kepada mereka yang mahu bersama Gerakan Harapan Baru

Written By Wadah Baru on Jumaat, 21 Ogos 2015 | 3:30 PTG

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

1. Ucapan syabas dan tahniah khususnya kepada semua peribadi dan aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka justeru untuk bersama dengan kepimpinan Harapan Baru yang sedang mengemudi penubuhan sebuah wadah politik baru.

2. Meskipun parti bakal diisytihar, individu-individu ini telah bertekad melepaskan jawatan mereka dan mula memberi fokas kepada pengurusan serta perjuangan parti baru yang akan diumumkan 31 Ogos ini dan dilancarkan 16 September ini.

3. Mereka ini yang bergandingan dengan pimpinan NGO-NGO lain, yang juga bertekad untuk bersama menubuhkan parti baru nanti, adalah merupakan tunggak penting yang berpengalaman, bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran Politik Islam yang bersifat Inklusif dan Sejagat merentasi kaum, agama dan budaya.

4. Bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Harapan Baru diperingkat nasional, kesemua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali Pakatan Rakyat 2.0 bagi  memperkukuhkan sistem dua parti di negara ini, sekaligus membuat persiapan bagi menumbangkan serta menggantikan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kini di hujung usianya dengan pelbagai kemelut dalaman parti mereka dan krisis getir kegagalan urus tadbir ekononomi-kewangan negara.

5. Mengambil Islam sebagai dasar perjuangannya, parti baru ini bercita-cita untuk “memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan negara Madani yang mengangkat Kedaulatan-Keluhuran Undang-Undang (As-Siyadah Al-Qanuniyyah) di mana Syariat Islam memperkukuhkan penghayatan nilai, akhlak dan amalan serta tata kelola institusi-institusi kritikal negara”.

Dr Dzulkefly Ahmad
Setiausaha
Gerakan Harapan Baru

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger