Home » , » Bai'ah Talak Tiga Dan Lompat Parti

Bai'ah Talak Tiga Dan Lompat Parti

Written By Wadah Baru on Rabu, 2 September 2015 | 3:59 PTG

Oleh CHE IBRAHIM BIN MOHAMED

Sbg seorang peguam syar'ei dan bekas hakim mahkamah syariah, saya merasa terpanggil utk menyentuh isu yg amat sensitif ini.

Perkahwinan adalah dibina atas asas kekal selama2nya, perceraian hanya dibenarkan bila ada perbalahan rumahtangga yg tidak dapat diselesaikan atau wujudnya keaiban yg tidak dpt diterima oleh salah satu atau kedua2 pasangan yg berkahwin.

Tidak ada pihak yg boleh dgn sewenang2nya membuat keputusan sendiri berhubung perceraian tersebut tanpa suatu perintah yg sah drp mahkamah syariah.

Dlm isu cerai talak tiga melalui bai'ah dan sumpah yg didakwa telah dilakukan oleh wakil2 rakyat Pas di Kelantan, dari sudut kehendak politik Pas, maka mereka teringin sangat supaya perkahwinan tersebut dibubarkan kerana suaminya telah melanggar bai'ah, namun dari sudut kekeluargaan Islam dan pasangan tersebut sendiri,adakah mereka juga berkehendak sedemikian??

Jika kita menilai di sudut hukum syarak, masih ada ruang yg terlalu luas utk pertahankan rumahtangga tersebut drp runtuh semata2 atas kehendak politik pihak tertentu, sedangkan keluarga dan pasangan berkenaan, bahkan masyarakat umum berpandangan sbg suatu yg tidak wajar melalui alasan2 berikut:

1. Sumpah dan Bai'ah tersebut dianggap terbatal dan tidak sah kerana Pas tidak ada hak di segi hukum syarak mensyaratkan calon2 prayanya bersumpah sedemikian utk menjadi calon;

2. Sumpah dan Bai'ah tersebut sudah tidak terpakai kerana situasi dan tujuan sumpah tersebut ketika diambil dulu telah tiada;

3. Bai'ah taklik yg dibuat secara bersumpah dianggap sbg satu "Yamin" yg boleh ditarik balik dgn membayar kifarah bila ada sesuatu yg lebih baik drpnya;

4. Sumpah taklik yg tidak disertakan dgn niat utk menceraikan isteri dianggap tidak jatuh talak di segi hukum syarak;

Jika kita berpandangan Sumpah dan Bai'ah taklik cerai isteri talak tiga itu sebagai sah sekalipun, kita masih ada ruang utk menyelamatkan rumahtangga tersebut dgn berpegang kpd pendapat talak 3 sekaligus hanya dikira satu talak shj, maka suami ada ruang utk rujuk kembali.

Semua pihak harus rasional dlm isu yg sensitif ini, adakah wajar sebuah keluarga yg bahagia, yg tidak ada apa2 perbalahan rumahtangga, lalu kita pisahkan mereka dgn perceraian yg menghancurkan sebuah rumahtangga yg dibina puluhan tahun, sedangkan masih ada ruang di segi hukum syarak utk kita melepaskan mereka dari belengu yg mereka sendiri tidak redai,atau kita mahu memuaskan hati demi dendam dan kepentingan politik kita????

Saya yakin bukan sahaja pasangan wakil rakyat dan keluarga berkenaan shj tidak dapat menerima realiti ini, namun masyarakat umum secara amnya tidak dapat menerima keputusan tersebut.

 Jgn kita merusakkan institusi sebuah keluarga yg aman damai, sekaligus mencemarkan syariat islam itu sendiri demi kepentingan politik puak kita. Biarlah pasangan tersebut membuat keputusan sendiri kerana mereka juga ada hujah dan alasan utk berbuat sedemikian samada utk merujuk pertikaian ini ke mahkamah atau terus hidup sebagai pasangan yg bahagia melalui ijtihad sendiri kerana sememangnya ada fatwa dan pendapat ulama utk mereka pegang dan ikuti. Jgn paksa mereka utk mengikut kehendak kita shj.....

CHE IBRAHIM BIN MOHAMED.
PENGARAH HAL EHWAL SYARIAH,
PARTI AMANAH NEGARA,
NEGERI KELANTAN.
2 SEPT 2015

1 ulasan:

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger