OLEH YB MOHD HANIPA MAIDIN
1. Saya dan rakan rakan dari Parti Amanah Negara sesungguhnya amat
gembira dan terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dato Seri Anwar
Ibrahim yang memberikan sokongan yang padu kepada wujudnya parti Islam
baru atas nama Parti Amanah Negara sepertimana perutusan beliau dari
penjara Sg Buluh bertarikh 1 hb September 2015.
2. Sudah tentu
perutusan DSAI tersebut memberi suntikan baru kepada parti islam baru
yang kami tubuhkan ini kerana semua tahu DSAI adalah satu figur dan nama
besar dalam politik negara ini yang telah membawa satu reformasi
politik yang menakjubkan kepada rakyat negara ini sekaligus berjaya
mengubah lanskap politik negara ini.
3.Amat malang kerana politik
balas dendam,kotor dan jijik Barisan Nasional rakyat dijauhkan secara
fizikalnya dari DSAI bagi terus mengemudi kebangkitan rakyat
menumbangkan BN. Namun jiwa, semangat dan ruh perjuangan beliau tidak
mampu BN penjarakan dan ia terus menyalakan obor perjuangan bagi
menentang kebobrokan dan salah guna kuasa BN.
4. Semasa kami
berada dalam Pas dan semasa Pas masih berada dalam Pakatan Rakyat ,kami
tidak pernah sangsi dan ragu dengan kepimpinan DSAI menerajui PR.
Meskipun wujudnya elemen elemen tertentu dalam Pas dalam waktu waktu
tertentu cuba menyemai keraguan terhadap kepimpinan beliau kami yakin
keraguan itu tidak berasas sama sekali. Sejak Anwar diperlakukan secara
kejam dan brutal oleh rejim BN saya sendiri telah menulis, berceramah,
berforum ,berdemo dan melakukan banyak lagi perkara bagi mempertahankan
DSAI. Saya pohon dari Allah dari sifat riya' namun sejarah boleh
membuktikan di Parlimen banyak kali saya bersuara menentang kezaliman
Umno/BN ke atas DSAI hingga saya dan kawan kawan digelar oleh parti
sendiri sebagai Anwarinas dan pelbagai label lagi.
5. Saya dan
kawan kawan juga sanggup dilabel ,difitnah dan dicerca oleh rakan rakan
sejemaah atau parti sendiri kerana bersuara lantang mempertahankan
Anwar, sahabat sahabat PKR dan Dap demi menjaga kelangsungan Pakatan
Rakyat. Ianya berakhir dengan kami semua dinyahkan secara hina daripada
saf kepimpinan Pas dalam Muktamar Pas yang lalu.
6.Pokoknya kami
telah lakukan apa sahaja di dalam dan luar parti bagi mempertahankan PR.
Namun gelombang dalam Pas yang mahukan elemen elemen dalan Pas yang
pertahankan PR dinyahkan amat kuat dan malangnya disokong oleh mereka
yang duduk di kepimpinan tertinggi Pas sendiri.
7. Apa yang boleh
saya simpulkan bila kami mencetuskan Harapan Baru yang mencetuskan pula
Parti Amanah Negara ianya dilakukan atas penuh kesedaran bahawa Pas,
melalui pengalaman yang panjang dalam Pas, tidak benar benar menghayati
tahaluf siyasi dengan Dap dan Pkr dalan wadah PR . Malahan Pas
sebenarnya tidak begitu selesa kerana merasakan tidak dapat atau mampu
mendominasi PR. Sedangkan bagi kami, isu pendominasian tidak seharusnya
wujud dalam PR kerana "we are equal partners ( rakan kongsi yang setara )
8.Ini bermakna jika sekalipun Parti Amanah Rakyat tidak wujud dan
andaikata PR masih wujud antara Pas, Pkr dan Dap, kewujudan PR itu bukan
sahaja tidak akan memberi nilai tambah kepada PR dalam pilihanraya umum
akan datang malahan saya berani katakan PR akan reput dengan gaya dan
stail politik Pas dan kesannya rakyat bukan sahaja akan menghukum Pas
,malahan Dap dan PKR juga akan dihukum bersama.
9. Bertolak dari
situ, kami percaya sekiranya PR baru atau Pakatan Rakyat 2.0 ingin
diwujudkan semula , maka amat perlu parti parti yang membentuk komposisi
PR tersebut menghayati prinsip prinsip dan pendirian pendirian bersama
yang telah diputuskan secara konsensus. PR 2.0 mesti memfokuskan
kehendak rakyat bukan kehendak parti parti yang menganggotai PR 2.0.Apa
yang lebih penting segala keputusan yang diambil mestilah dibuat secara
konsensus dan tiada mana mana parti yang cuba mendominasi PR tersebut.
10. DSAI atas kebesaran jiwanya dan sikap keterbukaanynya menyeru
supaya permuafakatan politik yang baru hendaklah merangkumi PKR,DAP,
Parti Aman
Mengapa PAS Tidak Sesuai Berada Di Pakatan Rakyat 2.0
Written By Wadah Baru on Rabu, 2 September 2015 | 4:05 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
"Ianya berakhir dengan kami semua dinyahkan secara hina daripada saf kepimpinan Pas dalam Muktamar Pas yang lalu". Frasa ini bukanlah cakap dari kalangan pemimpin tertinggi. Tidak selayaknya saya berkata penulis tidak waras. Apa tidaknya, adat bertanding dlm organisasi, kalah atau menang sudah pasti. Yg memilih bukan kerja sorang-ramai perwakilan. Perwakilan bukannya tidak bijak memilih siapa yg mereka nak pilih antara yg baik-baik dari yang terbaik. Biasa dengarlah: bila menang - katanya pilihan yg tepat. Bila kalah: katanya pilihan tidak tepat. Kalah kali ini boleh bertanding semula 2 tahun lagi. Kenapa sampai nak berkerat rotan, berpatah arang. Saya sedar komen saya ini akan mendapat tentangan. Saya bersedia terima apa saja asalkan rintihan hati saya dibaca. Ikhlas dari saya Mantan Calon PRU DUN PAS dua penggal. Wslm.
BalasPadam