Oleh Nazri Noor
Sayang seribu kali sayang, dikala ratusan ribu rakyat turun merayakan pesta demokrasi Bersih
4 di Dataran Merdeka, parti PAS memilih untuk tidak menjadi peserta.
Bukan setakat menjadi pemerhati, bahkan PAS memilih untuk menjadi
pengkritik kepada program yang dihadiri suku juta rakyat (mengikut
sesetengah bancian) tersebut.
Tidak dinafikan, mengikut beberapa badan
kajian berkecuali, ratusan ribu perserta bersih tersebut majoritinya
adalah bukan Melayu, Cina khasnya.
Yang pasti, PAS
terperangkap dengan sindrom penafian dan siege mentality. PAS masih
belum bersedia menerima hakikat. Hakikat demokrasi akan terus meriah,
dan suara rakyat akan tetap lantang.
Sebelum PAS merasai terdorong
untuk kekal berbangga dengan sikap berkecuali mereka dan memperlekehkan
usaha penganjur, PAS harus memahami beberapa hakikat dan realiti
lanskap politik sediada yang memberi natijah dari boikot mereka, antara
lain;
Hakikat 1: Nasib 54 kerusi PAS, ditangan 1 juta pemilih bukan Melayu.
PAS jangan lupa akan percaturan berebut kerusi menjelang setiap
pilihanraya. Sudah menjadi tradisi PAS dan persepsi umum PAS sangat
bermegah dengan jumlah kerusi yang ditandingi (sekaligus membawa mesej
kepada rakyat PAS sangat berpengaruh dalam percaturan negosiasi kerusi,
dan bukan parti umpama pipi tersorong-sorong dan terhegeh-hegeh
mengharapkan ihsan DAP atau PKR untuk menagih jumlah kerusi yang
banyak).
Pada PRU13 yang lalu, PAS diberi sejumlah 73 kerusi ,
jauh melepasi 51 kerusi DAP. Satu pembahagian yang dikira besar dan
pengiktirafan kepada PAS sebagai rakan kongsi utama barisan pakatan
pembangkang. Pada waktu itu. Bagaimanapun, semua sudah sedia maklum,
pencapaian PAS adalah yang paling tercorot, berbanding rakan kongsi
Pakatan Rakyat yang lain.
Dari 73 kerusi parlimen yang di
peruntukkan kepada PAS untuk ditandingi pada PRU13, PAS berjaya memungut
sejumlah 1,633,389 suara undi.
Satu perkara yang PAS perlu
ingat, terdapat lebih 1 juta pengundi bukan Melayu, di seluruh kawasan
yang di tandingi PAS. Umum juga mengetahui berbanding Umno/BN, lebih
rami kaum bukan Melayu, kaum Cina khasnya yang mengundi Pakatan Rakyat,
termasuklah PAS. Dengan kata lain, hasil gabungan dalam Pakatan Rakyat,
PAS mendapat limpahan manafaat undi bukan melayu, yang membantu
memenangkan calon-calon mereka.
Dari 73 kerusi tersebut,
sejumlah 54 kerusi PAS adalah bergantung kepada undian bukan Melayu.
Tanpa undi bukan Melayu, PAS tidak mampu memperoleh majoriti yang begitu
besar untuk menewaskan Umno, ataupun setidaknya mampu merapatkan
jurang defisit majoriti Umno/BN kedalam jangkauan untuk menang.
Tetapi dengan sikap yang merasakan mereka kuat, mampu bersendiri, dan
tidak memerlukan ihsan pengundi bukan Melayu, PAS berdepan dengan risiko
kehilangan semua 54 kerusi tadi.
Hakikat 2: Nasib 21 kerusi yang dimenangi, belum tentu milik mutlak kelompok konservatif.
Dari 21 kerusi yang dimenangi, sejumlah 13 kerusi sememangnya sudah
diiktiraf sebagai kerusi PAS, secara geografi, tradisi mahupun demografi
pemilih melayu nya. Bagaimanapun, harus diingat 13 kerusi ini tidak
semuanya dikira kerusi selamat untuk PAS. Sekurang-kurangnya 4 kerusi
boleh dikira marginal dan masih dalam jangkauan untuk direntap musuh
tradisinya, Umno
Dari baki 9 kerusi yang ‘betul-betul selamat’
dari jangkauan Umno itu pula, tidak semuanya boleh dikira sebagai kerusi
milik mutlak puak-puak konservatif dalam PAS, mengambilkira pergolakan
dalaman dan pengaruh puak-puak progresif yang cuba disingkirkan puak
konservatif.
Ringkasnya, dari 21 kerusi yang dimenangi pada
PRU13, kerusi yang betul betul boleh dianggap kubu kuat PAS, boleh
dikira dengan jari. Selebihnya bole dianggap milik kelompok progresif
yang kini sudah mengistihar diri mereka bersama parti baru, ataupun
mereka yang sedang bersiap sedia untuk terjun bersama parti baru.
Hakikat 3: PAS akan tersisih
Amat malang jika PAS memilih untuk merasakan diri mereka hebat dan
tidak perlu bergabung dengan pihak lain untuk mencari sinergi, hatta
dengan parti Harapan Baru yang mereka anggap derhaka dan serpihan itu.
Jika PAS masih berdegil dan masih dalam mode penafian, jangan terkejut
jika PAS selamat dengan 7 atau 8 kerusi Parlimen, dan berisiko
kehilangan negeri kubu tradisi mereka, dan akan tersisih secara semula
jadi. Mungkin menerima senasib yang sama seperti parti Saadet Turki yang
menafikan kemunculan dan kemaraan parti AKP yang asalnya dianggap
serpihan. Lain lah kalau PAS melihat Umno, sebagai talian hayat politik
mereka.
Perihal Bersih 4 dan PAS yang bakal tersisih
Written By Wadah Baru on Khamis, 3 September 2015 | 12:48 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan