Hudud: Sepatutnya Mat jawab "we will cross the bridge when we come to it" atau yang sewaktu dengannya.
Adakah Mat tak tau riuh rendah nak hudud tu tak bersungguh pun dan temberang ja? Dan, dia tak perlu jawab macam yang dilaporkan tu.
Mat tak ingat ka perbualan bekas timbalan menteri besar Kelantan dengan lawyer Shukri?
Mat tak tau ka yang sedang berkuasa kini kata bahawa depa bentang hudud sebab "kita nak perangkap DAP" ja.
Mat tak tau ka mesyuarat lawyer2 berpendapat bahasa dan ayat2 enakmen sekarang "bukan bahasa undang2", "tak lengkap", "memalukan" dan patut "buat lain"?
Mat tak tau ka beberapa perkara dalam enakmen itu dipersoal, gagal dijawab dan yang ada hanya reaksi melabel sahaja?
Mat, lain kali kena cermat nak jawab press. Jangan jawab merapu depan press.
Mohon maaf, kutu ni bukan 'asabiyyah dan bela jugak Mat Sabu tak kira walaupun salah.
Mat tengok2 sikit kawan2 yang naik angin macam siut bila orang kritik Mat Sabu. Tak membantu sikap macam tu, Mat.
Bawah ni kenyataan Mat Sabu:
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN
7hb SEPTEMBER 2015
Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.
Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.
Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.
Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.
Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.
Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.
Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.
HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015

0 ulasan:
Catat Ulasan