Oleh Zin Mahmud
Politik. Kalau pilihan raya umum ke-14 diadakan esok, Barisan Nasional
menang selesa. Malah mungkin Selangor pun dapat ke tangan Barisan
Nasional. Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus jadi perdana menteri.
Ini kerana bukanlah Barisan Nasional itu kuat tetapi parti yang
menentangnya adalah lemah. Derma juta juta dari Timur Tengah tidak
menjadi masalah bagi kebanyakan orang Melayu
Ini kerana ia
disalurkan untuk kepentingan orang Melayu, Islam, Sunnah wal Jamaah dan
menentang Islam pelampau. Orang Melayu menyokong kesederhanaan dan tolak
kepelampauan.
Derma itu rasuah? Kebanyakan orang Melayu boleh
menerima amalan rasuah jika ia untuk kepentingan alif, ba, ta..agama,
bangsa dan tanahair. Sebab itu apa yang berlaku sejak Dasar Ekonomi Baru
tidak menjadi isu yang menjejaskan UMNO dan BN.
1MDB? Banyak
orang Melayu pandang ia akan diselesaikan oleh kerajaan dengan apa cara
jua pun. GST? Banyak orang Melayu hanya menerimanya kerana "kerajaan
tahulah apa yang dibuatnya."
Ringgit jatuh? Ah, nanti dia naik balik semulalah sebab "fundamental kita kuat."
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin? Hanya golongan
kecil orang Melayu yang menyokong mereka. Ini kerana banyak orang Melayu
fikir Dr Mahathir hanya memecahkan perpaduan Melayu dan melemahkan
kerajaan Melayu. Muhyiddin pula tidak bersetia pada boss.
Hidup bermewah mewah Najib? Itu hak beliau sebagai orang yang ada duit.
Sementara orang Melayu yang marah pada UMNO pula tidak berselera untuk mengundi parti yang menentang UMNO.
PAS? Tengoklah perangai ulama ulamanya ketika bergaduh dengan ahli
sendiri. Sungguh dahsyat. Kata kata mereka lemparkan kepada pengikut
sendiri bukan saja keras tapi tak berakhlak. Tengoklah baiah taklik.
Inikah ajaran Islam PAS.
Hudud? Kelam kabut nampaknya PAS ini.
Tetapi nampak gaya PAS sudah baik dengan UMNO. Maka buat apa orang
Melayu hendak sokong PAS lagi, baik terus sokong UMNO.
Kalau
pertandingan tiga penjuru berlaku antara UMNO, PAS dan PKR atau Amanah,
undi PAS terpecah dua, UMNO lah yang menang. Kalau tiga penjuru antara
DAP, MCA dan PAS, maka undi Melayu pecah dan MCA menanglah. PAS akan
menangkan BN.
PKR? Banyak orang Melayu simpati pada Anwar Ibrahim
ketika dipenjara kali pertama. Tapi kali kedua? Apa lemahnya Anwar
boleh sampai dipenjara kali kedua.
Timbul juga persoalan mengapa
PKR tidak muncul sebagai parti yang kemas lagi berdisiplin. Bagaimana
hendak mengharapkan PKR membela orang Melayu. Khalid Ibrahim pun tidak
dapat didisiplinkan.
Parti Amanah Negara? Banyak orang Melayu percaya bahawa parti ini adalah parti yang menyokong DAP.
DAP? Kebanyakan orang Cina tetap sokong DAP tetapi kebanyakan orang Melayu tetap takut pada DAP.
Natijahnya, UMNO terus selamat dan BN terus berkuasa. Oleh kerana PAS
akan bertanding di kawasan DAP, maka MCA akan menang dan Selangor akan
jatuh ke tangan BN.
Home »
artikel
,
Pendapat
» Kalau pilihan raya umum ke-14 diadakan esok, Barisan Nasional bakal menang
Kalau pilihan raya umum ke-14 diadakan esok, Barisan Nasional bakal menang
Written By Wadah Baru on Selasa, 8 September 2015 | 2:02 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan