Presiden Gabungan Mahasiswa UKM Muhammad Syahir Rahimi Sukri yang didakwa telah diserang di kampus, kini berada dalam keadaan stabil.
Polis sedang mengambil kenyataannya berhubung insiden yang berlaku kira-kira pukul empat pagi tadi.
Pelajar tahun tiga Universiti 
Kebangsaan Malaysia (UKM) berusia 22 tahun itu dan kawannya Rahmat 
Ikhsan Mohd Sofyan telah mengesahkan  bahawa laporan polis telah pun dibuat di ibu pejabat polis daerah Kajang.
Difahamkan bahawa selepas insiden itu, Syahir menghubungi Rahmat dan meminta rakannya itu membawanya ke klinik berdekatan
.
.
“Dia (Syahir) bercakap dengan lemah dan kita melihat badannya berlumuran darah dan cat,” kata sumber
Dalam satu kenyataan, naib ketua 
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tan Kar Hing berkata, Syahir didakwa telah 
dipukul dan ditoreh di kepala dan badan, serta disimbah cat.
Katanya lagi, insiden itu berlaku 
di Kolej Ibrahim Yaakub, UKM, ketika Syahir bertugas untuk mengawal 
poster yang digantung sempena pilihanraya kampus yang sedang 
berlangsung.
Menurut Rahmat, Syahir akan mengeluarkan kenyataannya berhubung insiden itu lewat hari ini.



0 ulasan:
Catat Ulasan