Home » , » 1MDB: Bahasa Berhemah Untuk Najib Berundur

1MDB: Bahasa Berhemah Untuk Najib Berundur

Written By Wadah Baru on Khamis, 8 Oktober 2015 | 2:46 PTG

Oleh SALAHUDDIN HJ AYUB

1. AMANAH yakin teguran Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang baru-baru ini ingin memastikan Pentadbiran Putrajaya menumpukan pembangunan negara dan dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang apabila isu yang melibatkan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masib belum diselesaikan.

2. Sosok bahasa, keluhuran budi,  adat dan budaya Bangsa Melayu yang boleh diterjemahkan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut agar menasihatkan supaya Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera dan turut telah menjejaskan ekonomi negara.

3. Banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan isu 1MDB ini termasuk masyarakat kampung, Ahli Umno sendiri dan terkini, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan seperti Tan Sri Dato' Ungku Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara dan bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail amat mencemaskan.

4. AMANAH merasakan ianya isyarat jelas bahawa Dato’ Sri Najib perlu berundur dengan segera kerana beliau masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan peribadi beliau yang sehingga kini tidak ‘dibersihkan’ lagi di Mahkamah.

Amanah. Progresif. Peduli.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger