Home » , » Bung Mokhtar akui serangan enam tokoh lemahkan UMNO/BN

Bung Mokhtar akui serangan enam tokoh lemahkan UMNO/BN

Written By Wadah Baru on Selasa, 13 Oktober 2015 | 4:31 PTG

PETALING JAYA: Tindakan enam tokoh politik yang menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak melemahkan lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, tindakan enam tokoh yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuka ruang seluas-luasnya untuk pembangkang menyerang BN.

“Tindakan Tun M dan beberapa pemimpin UMNO dan BN amat tidak wajar. Mereka telah melemahkan parti dan membuka ruang kepada parti pembangkang untuk menyerang,” katanya kepada FMT.

Ditanya sama ada enam tokoh politik itu perlu dikenakan tidakan disiplin, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, beliau menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Parti masing-masing untuk membuat keputusan.

Terdahulu, enam individu itu mendesak Perdana Menteri, agar tidak menyalahguna kuasa untuk mendiamkan pengkritik.

Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 telah disalah guna menyekat kebebasan rakyat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger