Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, ia tanda jelas ketelusan agensi itu menyiasat kes terutama melibatkan profil tinggi.
"Perubahan yang melibatkan Akta SPRM membawa perubahan besar bagi pelbagai perkara. Ia turut melibatkan lima badan pengawal di dalam agensi ini sendiri.
"Kita mahu merakyatkan SPRM. Kita sentuh pelbagai kes profil tinggi dan isu sensitif semasa. Selain itu kita turut bersama agensi swasta dalam memerangi rasuah.
"Kita kini mahu mengubah persepsi rakyat yang pernah melabel SPRM takut untuk menyiasat kes besar atau digelar 'jerung', rakyat selalu menganggap SPRM hanya berani menyentuh kes bilis sahaja," katanya.
Zakaria berkata demikian semasa menyampaikan ucap utama Seminar Kelestarian Integriti dengan tema 'Integriti: Cabaran Penguatkuasaan Dan Realiti di Malaysia' anjuran Akademi Pencegahan Pusat Pembangunan Integriti Korporat SPRM (MACA) di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini.
Antara panel seminar adalah Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akbar Satar, Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan dan Timbalan Pengarah Audit, Jabatan Audit Negara, Raja Sunthara Kannan Raja Gopal.
Sementara moderator seminar merupakan peserta Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), Ir Dr Hannerita Mohamad Zainal.
Dalam pada itu kata Zakaria, usaha SPRM selama ini masih dikira belum cukup untuk menangani isu sensitif semasa berkaitan rasuah.
"Isu itu termasuk rasuah yang berkaitan politik, semua harus ingat, rasuah ini bukan politik, ia merupakan satu jenayah, sesiapa yang lakukan rasuah adalah dikira melakukan kesalahan.
"Kita mahu tangkap pemberi dan penerima rasuah, itulah kejayaan sebenar. Namun, kita perlu sokongan masyarakat dalam memastikan angka rasuah ini semakin berkurang.
"Disinilah tugas masyarakat yang sebenarnya, jika semua percaya rasuah berlaku, kita perlu bersama-sama membanteras dengan apa cara sekali pun jika melihat aktiviti ini terjadi," katanya.
Malaysia memperbaiki kedudukan daya saing negara berbanding di kedudukan ke-24 daripada 148 negara yang dicatat tahun lepas.
Menurut laporan itu yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia turut muncul antara negara yang berjaya memerangi elemen rasuah dan birokrasi, yang sering menjadi perhatian ramai pihak.
0 ulasan:
Catat Ulasan