Home » , » Najib bentang kertas putih 1MDB untuk elak undi tidak percaya?

Najib bentang kertas putih 1MDB untuk elak undi tidak percaya?

Written By Wadah Baru on Ahad, 18 Oktober 2015 | 2:15 PTG

Mungkinkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentang kertas putih mengenai skandal 1MDB pada sidang Parlimen Isnin ini bagi mengelakkan usul undi tidak percaya dibuat terhadapnya?

Persoalan itu dibangkitkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berikutan pemberian notis mengejut kepada Ahli Parlimen untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, bukan seminggu seperti kebiasaan.

Menyatakan ia diterima semalam, Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada kenyataan media hari ini, berkata kegagalan memberi notis seminggu itu pertama kali berlaku sejak beliau menyertai sidang Parlimen pada 1969.

Beliau tidak menolak kemungkinan Najib cuba mendapatkan usul keyakinan pada permulaan sidang dewan berbanding membiarkan usul undi tidak percaya dibuat terhadapnya yang mungkin digerakkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan atau dari Umno BN.

“Namun, kajian Merdeka Centre yang menunjukkan sokongan orang Melayu terhadap Najib merosot kepada 32 peratus, pertama kali di bawah 50 peratus sejak 2012 mengubah suasana,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian itu sebagai peringatan kepada Najib dari berlengah-lengah memberi penjelasan mengenai skandal 1MDB, apatah lagi media antarabangsa kerap mengaitkan pembabitannya.

“Apakah Najib akan membentang kertas putih mengenai skandal RM50 bilion 1MDB pada sidang Parlimen Isnin ini?” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger