Home » » Politik Yang Gila

Politik Yang Gila

Written By Wadah Baru on Isnin, 12 Oktober 2015 | 10:35 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sesekali rasa dah nak berhenti menulis dan menjadi pemerhati serta pengulas politik Malaysia. Lebih baik mengembara dari satu pulau ke satu pualau atau memasuki ke alam sejarah menjejaki bumi kekejaman manusia.

Mengapa tidak politik kita makin hari makin gila dan membingungkan. Semalam PKR membuat satu keputusan baru akan membawa masuk parti-parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak ke dalam Harapam Baru. Itu masih dikira waras lagi tetapi apabila Pas juga diharap akan bersama dalam Pakatan Harapan ia sudah tidak waras lagi. Ia sudah jadi macam gobek sireh.

Sebelum ini PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan Pas, dan Pas pun sudah "kata beruk", kepada mereka, alih-alih hendak dibawa balik parti berkenaan. Bukankah itu satu tindakan gila. Iya, politik serba mungkin, tetapi orang dibawah (rakyat) letih untuk mengikut gerak genta politik.

Jadi eloklah kalau kita yang tidak ada kepentingan dalam politik, tidak berhajat dan ada niat menjadikan politik syarikat tempat cari makan dan pekerjaan, buat "padan patut" sahaja dalam politik. Jangan berlebih-lebihan sangat.

Kita tumpukan kepada kerja-kerja lain yang lebih berfaedah dan bermakna buat diri kita dan dunia. Saya sedang berfikir sekarang ini. Wassalam Mso.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger