Home » , » Amanah tiada niat kaitkan Pas dengan IS

Amanah tiada niat kaitkan Pas dengan IS

Written By Wadah Baru on Ahad, 6 Disember 2015 | 4:47 PTG

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak mempunyai niat untuk mengaitkan Pas dengan militan Negara Islam (IS).Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, Mat Sabu tidak pernah menyatakan perkara tersebut dan kenyataannya sebelum ini mungkin kurang difahami.


“Presiden menyebut perkara itu dalam budaya dan pemikiran ISIS yang mesti diwaspadai. Ia sering melanda diperingkat antarabangsa termasuk di Malaysia.

“Sebagai contoh, isu takfiri iaitu kafir mengkafir yang menjadi budaya dan sedang dikhuatiri ketika ini. Justeru beliau meminta agar kita berwaspada agar perkara seperti itu tidak berlaku lagi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Amanah di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut Salahuddin berkata, Mat Sabu hanya melahirkan kebimbangannya terhadap perkara itu yang mungkin boleh meresapi pemikiran masyarakat.

Baru-baru ini Mat Sabu dilapor mengeluarkan kenyataan apabila menuduh parti Islam itu mempunyai kaitan dengan IS.

Bagaimanapun, tuduhan Mat Sabu itu diselar oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memintanya supaya mengemukakan bukti bagi menyokong terhadap kenyataannya itu./FMT

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger