Home » , » Pemimpin Dan Macai

Pemimpin Dan Macai

Written By Wadah Baru on Isnin, 7 Disember 2015 | 3:58 PTG

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Rosak imej seseorang pemimpin itu jika bersikap seperti macai. Tak kira daripada blok pemerintah, mahupun blok pembangkang. tak kiralah samada daripada blok Islamis, mahupun sekularis dan nasionalis.

2) Bersikap seperti macai adalah seperti mengutip cerita bertaraf kedai kopi lalu diguna sebagai hujah untuk menjatuhkan seseorang. Bersikap seperti macai juga adalah membuat tuduhan bodoh dan tak masuk akal.

3) Lebih teruk, bersikap macai adalah melabel orang lain tanpa hak dan hujah yang betul. Bersikap macai juga adalah menyokong semberono akan sesuatu tanpa berfikir dengan logik akal, rasional, syariat dan tatasusila.

4) Dengan itu kita dapat lihat banyak kenyataan pemimpin politik yang tidak matang, adalah bersifat macai. Termasuklah para menteri yang kuat mengampu tanpa segan silu menunjukkan sifat macainya kepada umum.

5) Dalam politik pembangkang, sifat macai ini selalunya sebati dengan para penyokong. Jarang kita lihat pemimpinnya bersifat macai melainkan ada seorang dua yang baru mengenal politik.

6) Amat malang ada pemimpin lama pembangkang yang bersifat macai, menuduh orang tanpa hujah dan bukti yang kukuh. Lontaran tuduhan itu hanya bersifat untuk disambut oleh para macainya yang berupa bloggers dan facebookers.

7) Kemudian mereka saling hentam-menghentam. Berlaku pula perang cyber antara macai parti itu dan macai parti ini. Keharmonian alam cyber bagaikan tiada. Ruang maya telah menghilangkan akhlak dan adab sesama sendiri.

8 ) Menuduh orang lain sebagai Syiah hanya kerana dia bertemu pemimpin Syiah, adalah sikap macai. Menuduh orang lain mahu join Umno hanya kerana kurang menyerang Umno, adalah sikap macai.

9) Budaya politik yang tidak sihat sedang berkembang. Generasi depan sedang belajar cara berpolitik orang-orang dewasa hari ini. Politik maki hamun masih berleluasa.

10) Ingatlah, akaun Facebook atau blog anda akan dikunjungi oleh anak cucu anda setelah anda mati. Itu lah peninggalan yang tidak terpadam yang bakal menjadi kenangan dan pengajaran kepada anak cucu.

11) Malu anak cucu nanti jika melihat atuk neneknya adalah macai rupanya. Melainkan jika anak cucu itu juga menjadi macai, dia akan bangga dengan anda.
Sekian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger